Skip to main content

Hiburan

Nabila Huda Kagum Dengan Tarung: Unforgiven, Sifatkan Generasi Baharu Pembikin Filem Semakin Menyerlah - “Filem Ni Memang Handsome Dari Awal Sampai Habis”

Astro Gempak 526

Sekilas

  • Pelakon Nabila Huda memuji filem aksi Tarung: Unforgiven sebagai karya yang kemas dan menghiburkan dengan jalan cerita yang tersusun.
  • Beliau menyanjung persembahan mantap pelakon utama termasuk Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Aedy Ashraf dan Ubai Amir yang berjaya mengekalkan momentum filem dari awal hingga akhir.
  • Tarung: Unforgiven mencipta fenomena dengan kutipan RM23.3 juta sejak tayangan pada 7 Mei, membuktikan kebangkitan generasi baharu pembikin filem dan pelakon tempatan.

Pelakon Nabila Huda memuji naskhah aksi Tarung: Unforgiven yang disifatkannya sebagai sebuah karya yang kemas dan menghiburkan.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Nabila atau mesra disapa Abil berkata, dia jarang menghadiri tayangan perdana filem sejak kebelakangan ini kerana kekangan masa.

“Cuma nak bagitahu korang, sebenarnya agak jarang untuk saya hadir ke tayangan perdana filem sekarang sebab masa memang tak mengizinkan.

“Tetapi saya menerima jemputan untuk dua filem dengan genre yang berbeza dan saya rasa saya memang perlu hadir,” katanya.

Menurut Abil, kedua-dua filem tersebut membuktikan generasi baharu pembikin filem dan pelakon tempatan semakin menyerlah dalam industri.

“Bagi saya, kedua-duanya membuktikan generasi baharu pembikin filem dan pelakon kita benar-benar sedang meningkatkan mutu kerja mereka,” ujarnya.

Mengulas mengenai Tarung: Unforgiven, Nabila menyifatkan filem arahan Razaisyam Rashid itu sebagai sebuah karya aksi yang berjaya mengekalkan momentum dari awal hingga akhir.

“Tarung pula memang padu. Aksinya sedap ditonton, rentak penceritaannya berjalan lancar.

“Persembahan Mierul Aiman, Amir Ahnaf dan Aedy Ashraf… tak payah cakaplah,” katanya.

Tambahnya, meskipun Aedy merupakan pelakon paling berpengalaman dalam kelompok tersebut, ketiga-tiga mereka berjaya memberikan persembahan yang cemerlang.

“Aedy memang senior antara mereka bertiga, tetapi semuanya memberikan lakonan yang mantap.

“Dan Ubai Amir? Kali pertama pun dah power gila,” katanya.

Dalam masa sama, Nabila turut memuji keseluruhan barisan pelakon yang menurutnya memainkan peranan masing-masing dengan baik selain jalan cerita yang tersusun.

“Semua pelakon memainkan peranan masing-masing dengan baik. Jalan cerita pun kemas.

“Kiranya filem ini memang ‘handsome’ dari awal sampai habis,” ujarnya.

Pelakon filem Rahsia itu turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Razaisyam yang disifatkannya antara pengarah yang sentiasa dikaguminya.

“Sudah tentu tahniah kepada Razaisyam. Saya memang sentiasa mengagumi hasil kerjanya.

“Pernah bekerja bersama sebelum ini, tetapi tak banyak babak. Masih menunggu peluang untuk betul-betul berlakon bersama dalam satu naskhah yang kuat dan menarik,” katanya.

Terdahulu, Tarung: Unforgiven terus mencipta fenomena apabila berjaya meraih kutipan RM23.3 juta selepas ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 7 Mei lalu. Filem tersebut dibintangi Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Sky Iskandar dan Aeril Zafrel.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Must Watch Video

Advertisement