Skip to main content

Hiburan

MV P.Ramlee Saloma Raih Pujian, Netizen Harap Alpha Tembus Pentas AJL 

Alpha

Kumpulan Alpha sekali lagi mencuri perhatian selepas melancarkan muzik video (MV) terbaharu mereka berjudul P. Ramlee Saloma baru-baru ini.

Sejurus dilancarkan, karya tersebut mendapat pujian peminat muzik yang kagum dengan konsep, kreativiti serta penghayatan yang dipamerkan oleh kumpulan tersebut yang dianggotai oleh Daniel Sher, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Izzat Ibrahim, Ray-D, Araff dan Sky.

“I never thought yang lagu ni dinyanyikan as a group you know , ingat sorang je nyanyi noh sekali tengok bergroup.. you guys punya suara sumpah good as heck sia.

“Color grading MV ni cantik, Penjiwaan sampai, vocal on top, ada contemporary dance by main dancer.. overall 10/10 I lurve itttt.

“Ketujuh-tujuh Ada vocal yang baik, banyak bakat, herlokkk.. semua lengkap pakej diorg ni..rugilah sape tak stand diorang ni,” tulis netizen.

Selain itu, ramai peminat turut berharap karya tersebut berjaya melangkah lebih jauh hingga ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).


“Cepat la calon ke MM40, harap ada peluang untuk AJL nanti.

“Bismillah AJL.

“Semua suara sedap, tak mustahil diorang jadi lagend weih, nak diorang masuk AJL.

“Layak masuk AJL, lagu sedap, suara sedap, pakej lengkap.

“Tak ada Alpha takdelah mv best macam ni, semoga masuk AJL,” komen netizen.

Sekadar info, kumpulan Alpha dilahirkan menerusi program Big Stage Alpha dan dianggotai oleh Ariel Fesol, Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ray-D, Araff dan Sky.

P Ramlee Saloma merupakan single kedua mereka dan menjadi runut bunyi untuk drama Thariq Ridzuwan: His Treasure yang dilakonkan oleh Meerqeen, Qasrina Karim dan Evertts Gomes. 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement