Ringkasan AI
- Pelakon Que Haidar menerima pujian selepas membantu mempromosikan perniagaan seorang peniaga yang menggunakan gambarnya tanpa izin.
- Que pada mulanya kurang senang dengan penggunaan gambar tersebut tetapi memilih untuk membantu selepas memahami situasi peniaga itu.
- Dia berkongsi promosi perniagaan kopiah kait itu di Instastory Instagramnya untuk membantu peniaga tersebut.
- Peniaga berkenaan memohon maaf di ruangan komen dan menjelaskan tiada niat jahat menggunakan gambar Que.
- Warganet memuji tindakan Que yang bersikap prihatin dan membantu perniagaan kecil itu.
Pelakon, Que Haidar menerima pujian ramai apabila berkongsi momen dirinya yang membantu mempromosikan perniagaan seorang peniaga di Instagram.
Menerusi rakaman video di TikTok, Que yang sedang melakukan sesi siaran langsung memaklumkan pada awalnya dia berasa kurang senang kerana peniaga tersebut menggunakan gambarnya tanpa izin.
Walau bagaimanapun, pemilik nama Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar ini kemudiannya memilih untuk membantu mempromosikan bisnes peniaga tersebut.
“Saya nampak dekat Instagram saya ada orang berniaga kopiah kait dan dia gunakan gambar saya menggunakan kopiah sambil ‘promote’ perniagaan dia.
“Mula-mula hati saya cakap, “Mana boleh macam ini, tak minta izin tapi guna gambar saya”.
“Tapi kemudiannya hati saya cakap, “Mungkin dia susah dan dia yang kait sendiri kopiah itu”.
“Berapa ringgitlah sangat dia dapat kan jadi saya terus tolong ‘promote’ perniagaan dia. Saya terus post di Instastory saya mungkin bolehlah bantu dia. Kita tak tahu dia ibu tunggal ke apa,” kongsi Que.

Sementara itu, individu yang dipercayai peniaga yang menjual kopiah tersebut tambil membuat permohonan maaf di ruangan komen.
Perjelasnya, dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk menggunakan gambar Que sambil mengenakan kopiah sesuka hati tanpa keizinan pelakon ‘Zombie Kampung Pisang’ tersebut.
Dalam masa yang sama, warganet memuji tindakan Que yang membantu mempromosikan perniagaan individu berkenaan.
Sumber: TikTok