Skip to main content

Rancangan Realiti

Mualim Muda: Zaimi Tak Anggap Usia Paling Muda Satu Kelebihan - “Peserta Lain Hebat, Ilmu Tinggi, Saya Rasa Kerdil…”

Mualim Muda Zaimi paling muda

Sekilas

  • Mualim Muda Zaimi tidak melihat gelaran peserta paling muda sebagai kelebihan, sebaliknya cabaran besar untuk bersaing dengan peserta berpengalaman.
  • Program Mualim Muda menampilkan juri seperti Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin, dan Neelofa, dengan Ustaz Shahrizan Daud sebagai Mursyid.
  • Mualim Muda akan mula bersiaran pada 19 Disember di Astro Oasis dan Astro Prima, serta boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.

Mualim Muda Zaimi tidak melihat gelaran peserta paling muda dalam program Mualim Muda sebagai satu kelebihan untuk dibanggakan.

Sebaliknya Zaimi menganggap kedudukan tersebut hadir bersama cabaran yang lebih besar, terutama terutama apabila berdepan peserta lain yang sarat dengan ilmu dan pengalaman.

Menurut Zaimi, menjadi yang paling muda bermakna dia perlu bekerja lebih keras bagi membuktikan kemampuan diri dalam suasana persaingan yang sihat.

“Jujur sebenarnya bila saya rasa saya paling muda bukanlah kita bangga tidak. Paling muda itulah banyak saingannya dan kita perlu buat sehabis baik.

“Sebab peserta peserta lain semuanya hebat belaka, ilmu tinggi dan saya rasa saya kerdil,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun kata Zaimi, perkara itu tidak melemahkan semangatnya, sebaliknya dijadikan sebagai dorongan untuk terus melangkah ke tahap yang lebih baik.

“Tapi walaupun saya rasa saya kerdil, nak tak nak kita kena jadikan sebagai batu loncatan.

“Mereka hebat kita pun kena lebih hebat supaya kehebatan itu bukan untuk kita berbangga-bangga tapi untuk kita kenalkan Allah,” jelasnya.

Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program. 

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 

Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.

Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.

Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.

Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi. 

Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka. 

Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. 

Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement