Sekilas
- Minggu pertama program Mualim Muda menampilkan 10 peserta yang berkongsi cerita peribadi dengan ayat Al-Quran pilihan masing-masing.
- Luqman dinobatkan sebagai Bintang Inspirasi Apcel Cafe dan berada di kedudukan pertama, manakala Zaimi, Saad dan Ashraf berada di tiga terbawah tanpa penyingkiran minggu ini.
- Program ini menampilkan juri Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin, Neelofa, serta hos PU Riz dan Fakhrul UNIC, dan akan disiarkan mulai 19 Disember di Astro Oasis dan Astro Prima.
Minggu pertama program dakwah, Mualim Muda membuka tirai dengan persembahan hebat kesemua peserta yang bertanding.
Bertemakan ‘Ini Cerita Saya’, sepuluh berserta harus menyampaikan cerita dengan sepotong ayat Al-Quran yang paling dekat dengan diri mereka.
Minggu ini menyaksikan rezeki berpihak kepada Mualim Muda Luqman yang menerima anugerah Bintang Inspirasi Apcel Cafe sekaligus menandakan dirinya berada di kedudukan pertama.
Namun lain pula cerinta dengan tiga Mualim Muda iaitu Zaimi, Saad dan Ashraf apabila nama mereka diumumkan sebagai tiga terbawah.
Bagaimanapun Zaimi, Saad dan Ashraf mengucapkan rasa syukur apabila tiada penyingkiran diumumkan di minggu pertama.
Berikut merupakan kedudukan peserta:
1.Mualim Muda Luqman
2.Mualim Muda Iman
3.Mualim Muda Anas
4.Mualim Muda Iddin
5.Mualim Muda Shamsul
6.Mualim Muda Izzat
7.Mualim Muda Amar
8.Mualim Muda Zaimi
9.Mualim Muda Saad
10.Mualim Muda Ashraf
Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program.
Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta.
Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.
Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.
Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.
Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi.
Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.