Sekilas
- Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat pujian ramai selepas video dia melayan peminat OKU yang tidak boleh bertutur tular di media sosial.
- Dalam video tersebut, Siti dilihat berinteraksi dengan penuh sopan dan ikhlas menggunakan isyarat tangan di Singapore Expo.
- Peminat itu sempat mencium Siti dan dibalas dengan senyuman manis, menarik perhatian ramai yang terharu dengan keikhlasan penyanyi itu.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraih pujian ramai selepas momen dirinya menyantuni seorang peminat Orang Kurang Upaya (OKU) tular di media sosial.
Menerusi video tular di Threads, Siti dilihat melayan peminat berkenaan dengan penuh sopan dan ikhlas sewaktu berada di Singapore Expo, baru-baru ini.
Lebih meruntun hati ramai, peminat berkenaan difahamkan merupakan seorang yang tidak boleh bertutur dan hanya menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi.
Peminat tersebut dilihat sempat mencium Siti tersebut sebelum dibalas dengan senyuman manis daripada pelantun lagu Hati Kama itu.
Hantaran itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya terharu dan memuji keikhlasan Siti ketika melayan peminat istimewanya itu.

Sumber: Threads