Skip to main content

Hiburan

Momen Peluk Amyza Aznan Undang Sebak, Didie Alias Titip Doa Buat Andre Mikhail

Didie Alias

Pelakon, Didie Alias menyorot perhatian netizen selepas berkongsi momennya melawat anak kepada aktres Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail  di hospital.

Menerusi hantaran di Instagram, Didie memohon agar rakyat Malaysia untuk mendoakan Andre.

"Mohon doa buat Andre Mikhail," tulisnya ringkas.

Lebih menyentuh hati apabila Didie memeluk erat Amyza tanda memberi sokongan kepadanya agar terus kuat menghadapi dugaan berat ini. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat mendoakan agar anak-anak Amyza diberikan kesembuhan.

Terdahulu, Amyza melahirkan rasa terharu terhadap Didie yang memulakan kutipan sumbangan buat dua anaknya, Andre dan Adrian Adam.

Semalam, Amyza mengejutkan ramai apabila memuat naik beberapa hantaran yang meminta orang ramai mendoakan anaknya selain memohon pertolongan sekiranya terdapat ikhtiar lain seperti perubatan secara batin untuk menyembuhkan Andre.

Dia juga memaklumkan hari ini akan membawa Andre pulang ke rumah.

Sekitar tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Amyza seterusnya sekali lagi diuji pada Ramadan tahun ini apabila Adrian, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang. 

Anda mungkin berminat dengan

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement