Skip to main content

Rancangan TV

MLS5: Muzikal Lawak Superstar 5 Tampilkan Pak Nil, Zizan Razak & Bella Astillah Sebagai Juri! Ini Senarai 10 Kumpulan Yang Bertanding!

Muzikal Lawak Superstar 5 Tampilkan Pak Nil, Zizan Razak, Bella Astillah Sebagai Juri

Astro kembali membawakan semula Muzikal Lawak Superstar (MLS), pentas pertandingan komedi paling hangat di Malaysia.

Musim kelima ini tampil dengan tema terbaharu penuh epik iaitu ‘Clash Of Empire’ dan bakal membuka tirainya pada 11 Oktober 2025.

Advertisement

Dengan tagline ‘Arena Pahlawak Terbahak Kau Kaw’, MLS5 menyuntik kelainan apabila setiap kumpulan bukan sekadar tampil sebagai penghibur, tetapi menjelma sebagai wira empayar agung yang diinspirasikan daripada kuasa legenda dunia seperti Rom, Nusantara, Jepun, China, Perancis dan banyak lagi.

Setiap kumpulan bakal berentap saban minggu dengan jenaka tajam, kreativiti segar serta persembahan muzikal mencuit hati untuk memikat hati penonton dan juri, berlandaskan tema serta lokasi berbeza dalam setiap cabaran mingguan.

Menurut Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, MLS bukan sekadar sebuah program pertandingan lawak semata-mata, tetapi merupakan sebuah pentas penting yang menyambung legasi industri komedi dan hiburan tanah air.

“Di Astro, kami sentiasa berusaha mempersembahkan naskah berkualiti, segar dan menghiburkan untuk para penonton. 

“MLS juga menjadi salah satu medium pencarian bakat lawak ‘unexpected’ dari kalangan pelakon, penyanyi, influencer dan ramai lagi dari luar dunia komedi, tetapi punya potensi lawak luar biasa.

“Komedi sentiasa dekat di hati penonton Malaysia, dan melalui Muzikal Lawak Superstar, kami ingin membuktikan bahawa komedi bukan hanya sekadar jenaka atau bahan ketawa, tetapi sebuah seni yang menuntut kemahiran, kreativiti imaginasi dan keikhlasan dalam persembahan. 

“Lebih istimewa, MLS turut mengangkat sisi muzikal, daripada alunan melodi, penulisan lirik hinggalah ke persembahan vokal yang digabungkan dengan elemen komedi untuk menghasilkan hiburan yang segar dan lengkap.

“Kami di Astro amat teruja untuk menyaksikan kreativiti mereka terserlah, dan yang paling penting, bergelak tawa bersama seluruh rakyat Malaysia,” jelasnya.

Musim ini, 10 kumpulan ‘empayar’ bakal berentap dan setiap satunya dianggotai oleh tiga ‘pahlawan’. Dari pelakon, penyanyi, pelawak sehinggalah ke pempengaruh.

Malah MLS 5 ini juga turut menghimpunkan barisan personaliti dan bakat pelbagai warna di bawah satu bumbung termasuk wajah-wajah baharu.

MLS5 sekali lagi akan dikemudi oleh pengacara televisyen ikonik tanah air, Datuk AC Mizal.

Namun, kejutan terbesar musim ini terletak pada rombakan penuh barisan juri yang menampilkan wajah-wajah baharu iaitu pengacara versatil Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), pelawak dan pelakon popular Zizan Razak, bersama penyanyi dan pelakon wanita kesayangan ramai, Bella Astillah.

BERIKUT MERUPAKAN 10 KUMPULAN YANG BERTANDING:

 

Bersiaran selama lapan minggu, saksikan MLS5 secara langsung bermula 11 Oktober depan, setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).

Penonton juga boleh menyaksikan kandungan eksklusif di sebalik tabir serta sebuah perjalanan yang pastinya tidak akan dilupakan apabila setiap empayar bangkit atau tumbang di pentas MLS5 melalui On Demand di Astro GO dan sooka. 

Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan

tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. 

 

Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-

9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement