Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali menyorot perhatian ramai apabila berkongsi momen dirinya yang hadir menonton konsert minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar 2025 di Royal Theater, Shah Alam bersama kekasih baharunya yang dikenali sebagai Amsyar Salim.
Menerusi perkongsian di TikTok, Hidayah memaklumkan bawa dia sering ke konsert tersebut sewaktu arwah Abam masih ada disisi.
“Dulu masa arwah suami ada memang selalu ikut ke sini.”
“Sekarang kita datang untuk sokong kawan-kawan arwah dan semoga berjaya semua,” kongsinya.
Advertisement
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu terhadap arwah Abam dan dalam masa yang sama mendoakan agar hubungan Hidayah bersama kekasih baharunya berkekalan hingga ke jenjang pelamin.
“Jodoh baru Hidayah sama rupa macam arwah Abam”
“Muka ada mirip arwah, semoga berbahagia,” - komen netizen.
Untuk rekod, Hidayah mendirikan rumah tangga bersam Abam atau nama lengkapnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan pada 8 Disember 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Abam kemudiannya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya yang terletak di Gombak, Selangor pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun akibat demam panas.
Sumber: TikTok Hidayah
