Skip to main content

Hiburan

Mira Filzah Mahu Jadi Lebih Selektif Tahun 2026, Hanya Beri Kebaikan Pada Orang Tahu Menghargai - “Bukan Selfish, Cuma...”

ddfd

Sekilas

  • Mira Filzah berkongsi hasrat untuk lebih selektif dalam memberi kebaikan kepada orang yang benar-benar menghargainya pada tahun 2026.
  • Pelakon drama Curang Tanpa Niat itu menegaskan bukan bermaksud mementingkan diri, tetapi memilih untuk menjaga diri daripada dimanipulasi.
  • Perkongsian Mira mendapat sokongan netizen yang memahami pendiriannya sebagai langkah menjaga diri dan bukan sikap sombong.

Pelakon Mira Filzah tampil berkongsi harapan dan pendirian baharu sempena kehadiran tahun 2026.

Menerusi perkongsian di Threads, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman menjelaskan dia kini mahu lebih selektif dan hanya memberikan kebaikan kepada individu yang benar-benar menghargainya.

gbggf

“Untuk tahun 2026, saya memilih untuk memberikan kebaikan saya hanya kepada orang yang layak dan tahu menghargainya dengan ucapan terima kasih.

“Saya perlu menjadi lebih selektif. Bukannya saya bersikap mementingkan diri, cuma tidak semua orang layak menerimanya,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendirian pelakon drama Curang Tanpa Niat itu.

Ramai juga berpendapat, pendirian tersebut bukan bermaksud bersikap sombong, sebaliknya satu bentuk menjaga diri daripada dimanipulasi atau diambil kesempatan oleh pihak tertentu.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement