Sekilas
- Pelakon Mimi Lana meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir penonton yang bercakap kuat dan meletakkan kaki di kerusi hadapan ketika menonton wayang.
- Beliau menegur tindakan tersebut kerana mengganggu keselesaan dan tumpuan penonton lain yang membayar tiket untuk menikmati filem dengan selesa.
- Mimi menyeru orang ramai supaya lebih bertimbang rasa dan menjaga adab ketika berada di dalam panggung wayang.
Pelakon Mimi Lana meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir individu yang gemar berbual dengan suara kuat serta meletakkan kaki di kerusi hadapan ketika menonton wayang.
Menerusi perkongsian dalam Threads, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin menegur tindakan tersebut yang disifatkan mengganggu keselesaan penonton lain.
“Nak tanya korang yang pergi tengok wayang lepas itu berborak kuat-kuat tu, korang borak pasal apa ya?
“Lepas itu yang letak kaki dekat kerusi depan korang tu, penat sangat dengan kehidupan?” tulisnya.
Menurut pelakon berusia 30 tahun itu, sikap sedemikian bukan sahaja mengganggu tumpuan orang lain, malah menyebabkan penonton yang membayar tiket berasa rugi kerana tidak dapat menikmati filem dengan selesa.
“Kesian orang lain yang bayar tiket nak tengok, nak faham, nak fokus dan nak enjoy terus terganggu.
“Rugi duit yang mereka belanjakan semata-mata nak menikmati filem tersebut,” katanya.
Dalam masa sama, Mimi turut menyeru orang ramai supaya lebih bertimbang rasa dan menjaga adab ketika berada di dalam panggung wayang.
“Have some common sense and don’t be selfish please,” ujarnya.
Sumber: Threads