Skip to main content

Hiburan

Melutut Ketika Bermaafan Dengan Bibik & Pengasuh Anak, Alieff Irfan & Isteri Terima Pujian Netizen - “Memang Luar Biasa”

Alieff Irfan

Sekilas

  • Alieff Irfan dan isteri, Bella, mendapat pujian ramai kerana sikap rendah diri mereka ketika bermaafan dengan pembantu rumah sempena Aidilfitri.
  • Bella menganggap pembantu rumah dan babysitter mereka sebagai ahli keluarga dan sentiasa melayan mereka dengan hormat dan kasih sayang.
  • Video dan tangkap layar momen bermaafan mereka yang melutut menjadi tular dan mendapat reaksi positif daripada netizen di media sosial.

Pempengaruh YouTube, Alieff Irfan dan isteri, Bella atau nama sebenarnya Nurul Nabilah Aliah Hazman meraih pujian ramai video memaparkan sikap rendah diri mereka terhadap pembantu rumah tular di media sosial.

Menerusi Threads, seorang individu yang dikenali sebagai @angel01.04 memuat naik tangkap layar memaparkan Alieff dan Bella yang bermaafan bersama pembantu rumah mereka ketika menyambut Aidilfitri beberapa hari yang lalu.

Ujar individu itu, sikap Alieff dan Bella yang begitu merendah diri ketika bermaafan wajar dipuji malah turut mendoakan agar pasangan itu sentiasa dimewahkan dengan rezeki yang melimpah ruah.

“Melutut ketika bermaafan dengan pembantu rumah memang luar biasa. Suka tengok Bella dari dulu sebelum kahwin dengan Alieff lagi. Tak mendongak langit langsung dengan maid. Semoga rezeki awak semakin meluas,” kongsinya.

Hantaran itu kemudiannya mendapat respon daripada seorang warganet yang turut memuji keperibadian Bella.

“First jumpa dekat food fest, nampak dia penat nak tutup booth tapi bila peminat ajak bergambar dia layan je dengan ceria.

“Haritu pula rezeki anak saya dapat duit raya dari dia,” komen netizen.

Terdahulu, Bella memuat naik video dirinya dan Alieff yang bermaafan sambil melutut bersama pembantu rumah mereka.

Ujar Bella, meskipun mereka merupakan pembantu rumah namun, begitulah cara mereka bermaaf pada setiap tahun. Malah, dia juga sudah menganggap pembantu rumahnya itu sebagai ahli keluarga dalam hidupnya.

“Walaupun kami majikan diaorang tapi setiap tahun macam ini saya dengan bibik dan Cik Sitah (babysitter anak)

“Orang luar pun Bella dah anggap macam keluarga sendiri. Hormat, sayang even diorg kerja dengan Bella.

“Yang tua mestilah sentiasa dihormati. Bella tak nak layan diaorang macam ‘orang asing atau hamba’, diaorang juga manusia sama macam Bella. Sayang bibik and Cik Sitah,” luah Bella.

Sumber: TikTok, Threads

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Must-Watch Video

Advertisement