Skip to main content

Drama

Inspektor Kamal Husaini Minta Netizen Terus Buat Spekulasi Mengenai Dalang Kematian Ahyan - “Sebarkan Macam Fitnah Supaya…”

Good Boys Go To Heaven

Sekilas

  • Amerul Affendi, yang memegang watak Inspektor Kamal Husaini dalam drama Good Boys Go To Heaven, menggalakkan penonton membuat spekulasi tentang dalang sebenar watak Ahyan.
  • Beliau berkata setiap teori dan maklumat yang dikongsi netizen dapat membantu siasatan wataknya mengenal pasti suspek dan membawa ke muka pengadilan.
  • Drama ini mengisahkan Yasser yang menghadapi tragedi kehilangan dan kematian anaknya, Ahyan, dan ditayangkan setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra serta boleh distrim awal di Astro GO dan Sooka.

Memegang watak sebagai Inspektor Kamal Husaini dalam drama siri Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven, pelakon, Amerul Affendi meminta orang ramai untuk terus membuat spekulasi mengenai siapakah dalang sebenar kepada watak Ahyan.

Ujar Amerul, setiap informasi dan tekaan yang dibuat netizen mengenai kes tersebut sedikit sebanyak dapat membantu wataknya itu mengenal pasti suspek sekaligus membawanya ke muka pengadilan.

“Saya Inspektor Kamal Husaini menyeru kepada mereka di luar sana dari anda buat spekulasi merapu lebih baik anda tengok balik setiap frame by frame drama tu balik…

“Dan kemudian sebarkan macam sebar fitnah di thread ini. Ini sangat membantu siasatan saya,” tulisnya berseloroh.

Hantaran itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya turut meninggalkan beberapa teori mengenai kematian Ahyan.

Malah ada yang berseloroh mengatakan tindakannya yang menahan bapa kepada Ahyan iaitu Yasser (Beto Kusyairy) sebagai satu keputusan yang salah.

Sekadar info, Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement