Skip to main content

Hiburan

Masih Ramai Yang Keliru, Daniel Cheang Kongsi Latar Belakang Diri - “Saya Memang Islam Sejak Lahir…”

Astro Gempak 370

Sekilas

  • Daniel Cheang jelaskan dia sebenarnya lahir sebagai Muslim walaupun namanya berunsur Cina.
  • Dia berasal dari keluarga campuran, dengan ayahnya berketurunan Cina dan mualaf, manakala ibunya Melayu.
  • Penjelasan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan ramai mengenai latar belakang bangsa dan agamanya.

Pengacara dan penyampai radio, Daniel Cheang tampil menjelaskan kekeliruan segelintir pihak mengenai latar belakang bangsa dan agamanya.

Menurut Daniel, yang juga hos bagi program Surau Hunting bagi bulan Ramadan lalu berkongsi ramai yang menyangka dia baru memeluk Islam hanya kerana namanya yang berunsur Cina.

“Antara perkara yang orang selalu tanya, bila saya buat show Surau Hunting, ada yang DM kata ‘Alhamdulillah, awak dah masuk Islam’.

“Saya macam, terima kasih. Tapi sebenarnya saya memang Islam sejak lahir,” katanya.

Jelasnya, kekeliruan tersebut mungkin timbul kerana dia berketurunan Cina di sebelah bapanya.

“Ramai tak tahu sebab nama saya Cheang. Memang bangsa saya Cina ikut ayah.

“Ayah saya Cina dan mualaf kerana berkahwin dengan ibu saya yang Melayu,” ujarnya.

Tambah Daniel, dia dilahirkan sebagai seorang Muslim dan identitinya adalah gabungan budaya Cina serta agama Islam.

“Jadi saya lahir memang Islam. Itulah diri saya, Cina dan Muslim.

“Kalau ikut surat lahir pun, memang Cina Muslim,” katanya.

Dalam masa sama, Daniel berharap penjelasan tersebut dapat merungkai kekeliruan ramai terhadap identitinya.

“Sekali-sekala orang terkejut juga. Tapi itulah hakikatnya, saya memang lahir sebagai Islam,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must-Watch Video

Advertisement