Skip to main content

Hiburan

“Masa Qeeya Dalam Perut, Ibu Berani Tidur Sendiri Selama Sembilan Bulan... Makan Seorang Diri" - Uqasha Senrose

Uqasha Senrose

Ringkasan AI

  • Pelakon Uqasha Senrose berkongsi luahan kasih sayang dan pengalaman menjadi ibu kepada anaknya, Hawra Uqaira, di Instagram.
  • Uqasha mendedahkan dia menjadi lebih berani dan kuat selepas menimang cahaya mata, walaupun sebelum ini seorang yang penakut.
  • Dia sanggup melakukan apa sahaja demi keselamatan dan kebahagiaan anaknya, menganggap Hawra sebagai nyawa dan amanah Allah.
  • Uqasha memohon maaf jika dirinya tidak sempurna dan berjanji untuk terus belajar menjadi ibu yang baik untuk Hawra.
  • Hawra Uqaira adalah hasil perkahwinan Uqasha dengan suaminya, Kamal Adli, yang berkahwin pada November 2021 dan kini rumah tangga mereka menjadi perhatian ramai.

Pelakon, Uqasha Senrose menyorot perhatian ramai apabila menitipkan luahan penuh kasih sayang terhadap anaknya, Hawra Uqaira.

Menerusi Instagram, Uqasha memaklumkan dia tidak menyangka bahawa kehidupannya akan berubah selepas menimang cahaya mata.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen ini berasa sangat bersyukur kerana pengalaman itu telah mendidiknya untuk menjadi seorang yang lebih berani.

“Masa ibu mengandungkan Qeeya (panggilan Uqaira), sikit pun ibu tak mengidam dan tiada alahan pagi.”

“Ibu seorang yang sangat penakut dan tak boleh tidur seorang, tapi di saat Qeeya berada dalam perut, ibu berani tidur seorang diri selama sembilan bulan.”

“Kebanyakkan masa, ibu makan seorang diri dan tahu tak, masa Qeeya dalam perut ibu rajin gila masak. Alhamdulillah, semuanya Allah permudahkan,”kongsinya.

Uqasha turut memuat naik video memaparkan momen mesranya bersama Uqaira.

Menerusi perkongsian yang sama, pelakon drama ‘Jika Cinta Itu Buta’ ini memaklumkan bahawa dirinya sanggup melakukan apa sahaja demi keselamatan anak tercintanya itu.

“Uqasha adalah ibu kepada Uqaira dan Uqaira adalah nyawa ibu. Ibu akan lakukan apa saja untuk melindungi awak walau ia melibatkan nyawa, ibu sanggup. Tak perlu orang kesiankan kita, ibu ada awak dan awak ada ibu.”

“Maafkan kalau ibu tidak sempurna tapi percayalah, sejak Qeeya lahir ibu mula belajar menjadi orang yang baik buat awak. Qeeya adalah amanah Allah untuk ibu jaga,” luahnya.

Di akhir perkongsian, Uqasha sempat menitipkan pesan buat Uqaira supaya menjadi seorang anak yang baik serta sentiasa menghargai setiap momen mereka bersama.

Sekadar info, Hawra Uqaira merupakan hasil perkongsian hidup Uqasha dan suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang diadakan di Janda Baik, Pahang pada 5 November 2021.

Walau bagaimanapun, rumah tangga mereka mula menjadi perhatian selepas dikatakan bergolak sejak April lalu namun ia bukanlah berpunca daripada orang ketiga.

Sumber: Instagram Uqasha

Must-Watch Video

Advertisement