Skip to main content

Hiburan

Marsha Milan Terharu ‘Hening Rindu’ Raih Pengiktirafan Di ContentAsia Awards 2025

Marsha Menang

Penyanyi, Marsha Milan melakar sejarah selepas lagu nyanyiannya, Hening Rindu berjaya meraih trofi emas di ContentAsia Awards 2025  menerusi kategori Best Sound Design Created in an Asian TV Programme/Series.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Marsha menerusi satu hantaran di Instagram. 

Dalam perkongsian tersebut, Marsha meluahkan rasa rasa terharu dan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam pembikinan lagu berkenaan.

Advertisement


“Syukur, penghargaan ini sudah semestinya untuk semua pasukan Hening Rindu,  rakaman studio, Wan Salleh, Ikhwan Fatanna, Media Prima Berhad dan Alternate Malaysia. 

“Terima kasih kerana mencurahkan jiwa dalam projek ini.Saya sangat bersyukur kerana menjadi pelantun suara dalam lagu ini yang membawa satu jiwa yang besar,” katanya. 

Majlis anugerah berprestij itu berlangsung meriah di Taipei pada Khamis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat tidak ketinggalan mengucapkan tahniah, selain menyatakan rasa bangga atas kejayaan penyanyi tersebut.

Sekadar info, lagu Hening Rindu sebelum ini turut mencipta fenomena apabila dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Must-Watch Video