Skip to main content

Hiburan

Malaikat Malam & ALPHA Kongsi Rezeki Sempena Ramadan, Edar 100 Pek Makanan Menerusi Program ‘Break Sekejap’

Malaikat Malam

Sekilas

  • Filem Malaikat Malam anjurkan program ‘Break Sekejap’ dengan agihan 100 pek makanan kepada pemandu dan penumpang di lampu isyarat Jalan Ampang sempena Ramadan.
  • Program ini bertujuan berkongsi keberkatan Ramadan dan menampilkan sisi unik penunggang motosikal yang sinonim dalam filem tersebut.
  • Filem arahan Nazifdin Nasrudin ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 26 Mac dengan pelakon seperti Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol.

Bersempena bulan Ramadan yang mulia, filem terbitan Viper Studios dengan kerja Skop Production, Astro Shaw dan Primeworks Studios iaitu Malaikat Malam menganjurkan program aktiviti tanggungjawab sosial yang dikenali sebagai ‘Break Sekejap’.

Program yang berlangsung dari jam 6 petang hingga 7.20 malam itu menyaksikan sebanyak 100 pek makanan diagihkan kepada pemandu dan penumpang kenderaan yang berhenti di lampu isyarat sekitar Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk berkongsi keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini bersama mereka yang berhempas pulas mencari rezeki setiap hari untuk keluarga.

Bukan itu sahaja, ia juga turut menampilkan sisi berbeza penunggang motosikal yang begitu sinonim dalam filem Malaikat Malam.

Turut memeriahkan program ialah kumpulan M-pop meningkat naik iaitu ALPHA beserta seorang lelaki misteri yang dikenali sebagai ‘Brader Helmet Purple’.

Untuk rekod, filem Malaikat Malam bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac ini di pawagam terpilih.

Filem yang mendapat sentuhan pengarah baharu, Nazifdin Nasrudin ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Que Haidar dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Must-Watch Video

Advertisement