Skip to main content

Hiburan

Mahu Bukti Bukan Sekadar ‘Hype’, Zarif Ghazzi Tak Mahu Hanyut Dengan Pujian - “Saya Masih Bertatih…”

Astrogempak Zarif

Sekilas

  • Zarif Ghazzi bersyukur apabila bakat lakonannya mula mendapat perhatian netizen selepas dua hingga tiga tahun berusaha dalam industri.
  • Dia mengakui pujian dan jangkaan tinggi daripada penonton memberi tekanan, namun ia menjadi motivasi untuk terus berusaha secara halal.
  • Zarif menganggap dirinya masih baru dan berharap mendapat doa serta sokongan untuk meneruskan perjalanan kariernya dalam dunia lakonan.

Meskipun masih baru dalam arena dunia lakonan, pelakon Zarif Ghazzi meluahkan rasa syukur apabila bakatnya mula mendapat perhatian netizen. 

Menurut Zarif atau nama lengkapnya, Zarif Farahi Effie Ghazzi setiap pujian yang diterimanya dianggap sebagai satu doa. 

“Alhamdulillah, orang mula nampak bakat dan usaha saya selama dua, tiga tahun ini. Saya hargai setiap kata-kata mereka, lagipun apa yang keluar dari mulut itu kan satu doa.

“Insya-Allah, saya akan jadi ‘the next’ Beto Kusyairy atau mencipta kejayaan tersendiri sebagai pelakon legenda,” katanya.

Bagaimanapun, Zarif tidak menafikan bahawa pujian dan jangkaan tinggi daripada penonton sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya.

“Saya memang takut sebab bagi saya pujian dan jangkaan adalah satu tanggungjawab yang perlu digalas sampai bila-bila.

“Bila orang dah meletakkan jangkaan seperti ‘lakonan lima bintang’, setiap projek yang datang kena buat yang terbaik. Memang risau bila ada tekanan, tapi ini cara saya mencari rezeki halal, jadi saya kena teruskan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zarif mengakui dirinya masih baharu dalam industri dan perjalanan kariernya masih panjang untuk ditempuhi.

“Saya masih bertatih dalam industri, jauh lagi perjalanan ini. Tempoh tiga tahun belum matang lagi, saya masih dianggap ‘bayi’. 

“Justeru, saya mengharapkan doa dan sokongan daripada semua agar perjalanan ini dipermudahkan,” tambahnya.

Foto: Elle Malaysia

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Must-Watch Video

Advertisement