Skip to main content

Hiburan

Mahalini Dedah Tabiat Suami Suka ‘Berak’ - “Kalau Kita Dua Kali Biasa, Ini Dia Setiap Kali…”

dcc

Sekilas

  • Penyanyi Mahalini Raharja mendedahkan suaminya, Rizky Febian, mempunyai tabiat unik kerap buang air besar terutama ketika di tempat awam dan sebelum keluar rumah.
  • Menurut Mahalini, Rizky sering membuatnya menunggu kerana terlalu kerap ke tandas, sehingga dia tertanya-tanya sama ada usus suaminya terlalu 'licin'.
  • Mahalini dan Rizky berkahwin pada Mei 2024 dan dikurniakan anak perempuan sulung pada Februari 2025.

Penyanyi Indonesia, Mahalini Raharja, mencuit hati peminat apabila tampil mendedahkan tabiat ‘unik’ suaminya, Rizky Febian, yang didakwa mempunyai kekerapan luar biasa untuk buang air besar.

Menerusi segmen ‘rapid questions’ di podcast Oppal yang dihoskan oleh Willy Winarko, Mahalini tampil menjawab perkara yang dianggap paling menjengkelkan mengenai Rizky Febian.

Katanya, dia sering terpaksa menunggu suaminya menyelesaikan ‘urusannya’ di tandas pada waktu yang tidak dijangka.

“Kalau kita BAB (buang air besar) dua kali sehari. Kalau sekali sehari itu lumrah manusia. Ini dia setiap kali di pusat beli-belah, BAB. Dia setiap kali nak bertolak, BAB. Sampai rumah, BAB. Lepas makan, BAB.

“Saya dah siap, dah nak jalan masuk kereta. Saya kena duduk diam dulu dalam kereta sebab kena tunggu dia BAB,” kata Mahalini.

Malah, pelantun lagu Sial itu sempat berseloroh mempersoalkan sama ada usus Rizky terlalu ‘licin’ kerana kerap menghabiskan masa di tandas.

“Dulu itu macam mana ya? Adakah usus awak tu terlalu licin ke apa?

“Saya tanya pembantu rumah pun, ‘Iki mana? Di tandas.’ Saya tanya di pusat beli-belah pun, ‘Iki mana? Di tandas’,” ujarnya.

Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024 di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.

Pasangan ini kemudian dilaporkan bernikah sekali lagi pada 27 Disember lalu selepas pernikahan mereka didapati tidak sempurna dari segi rukun nikah ditetapkan dalam agama Islam.

Mahalini dan suaminya, Rizky Febian, telah dikurniakan anak perempuan sulung bernama Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian pada 15 Februari 2025.

Sumber: Youtube

Must-Watch Video

Advertisement