Skip to main content

Hollywood

Madonna Tawar ‘Habuan’ Cari Kostum Vintage yang Hilang di Coachella

Astro Gempak madonna

Sekilas

  • Madonna kehilangan beberapa kostum penting seperti korset, jaket, dan gaun yang dipakai semasa persembahan di festival muzik Coachella.
  • Dia menawarkan habuan kepada sesiapa yang dapat mengembalikan kostum vintage tersebut kerana ia mempunyai nilai sejarah dalam kariernya.
  • Persembahan bersama Sabrina Carpenter termasuk lagu hit seperti Vogue dan Like A Prayer serta lagu baharu dari album studio ke-15 Madonna.

Kegembiraan Madonna tampil di festival muzik Coachella hujung minggu lalu tercalar dengan insiden kehilangan beberapa kostum penting miliknya yang dipercayai dicuri.

Menerusi perkongsian di Insta Story, bintang pop dunia itu mendedahkan telah kehilangan beberapa kostum seperti korset, jaket dan gaun yang dipakai sewaktu membuat persembahan bersama penyanyi Sabrina The Carpenter.

Penyanyi Like A Virgin itu kemudian menawarkan habuan buat sesiapa yang mampu mengembalikan kostum tersebut. Menurutnya, ia bukan sekadar baju tetapi sejarah perjalanan kariernya.

“Saya masih terbuai dengan persembahan di Coachella. Terima kasih Sabrina dan semua pihak yang membuat ia menjadi kenyataan.

“Kesemua momen indah ini bertukar ‘wajah’ selepas saya sedar kostum vintage yang saya pakai hilang. Ia bukan sekadar pakaian tetapi barangan peribadi yang merupakan sebahagian sejarah karier saya seperti jaket, korset, sarung tangan dan gaun yang diambil.

“Saya berharap agar barangan bernilai ini ditemui semula. Dan siapa yang dapat mencari atau memulangkannya dalam keadaan selamat akan diberi habuan. Sila hubungi tim saya jika anda menemuinya” tulis Madonna seperti dilaporkan The Guardian.

Pada persembahan bersama Sabrina, Madonna menyampaikan hitnya seperti Vogue dan Like A Praye serta beberapa lagu bahagu yang dilaporkan akan diisi dalam album studio ke-15 miliknya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

T7 Relaxed Track Jacket Women in Black by PUMA, S

T7 Relaxed Track Jacket Women in Black by PUMA, S

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

Must Watch Video

Advertisement