Skip to main content

Hiburan

‘Lowkey’ Lepas Misi GSF, Nam Ron Puji Sikap Rendah Diri ZRA - “Respect Tak Tadah Muka Untuk Kemasyhuran…”

mdis

Pelakon dan pengarah, Nam Ron memuji tindakan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad (ZRA) yang memilih untuk tidak menonjolkan diri selepas pulang daripada misi kemanusiaan ke Palestin baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Nam Ron menyifatkan tindakan ZRA itu sebagai sesuatu yang wajar dihormati.

Advertisement

“Respect ZRA – tidak menadah muka untuk kemasyhuran,” tulisnya ringkas.

namron

Bagaimanapun, kenyataan berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. 

Ada yang bersetuju dengan pandangan tersebut, namun tidak kurang juga yang kurang senang dengan kenyataan pengarah filem One Two Jaga itu.

“Betul, memang ‘lowkey’ ZRA.

“Mereka tidak menadah muka untuk kemasyhuran, tetapi berani mempertaruhkan nyawa berhadapan dengan Zionis untuk memecahkan kepungan. Misi mereka memang untuk memecahkan kepungan itu!

“Sayang sekali, dahulu anda antara legenda yang paling dihormati dalam industri. Tapi sekarang tidak lagi. Ironinya, anda pun sebenarnya mengejar kemasyhuran, kalau tidak, anda takkan sibuk mencari kerja.

“Awak buat komen kononnya ‘savage’ ini pun sebenarnya satu bentuk menadah muka untuk kemasyhuran juga. Bila ramai yang kecam, terkenal jugalah awak yang sendu tu. Publisiti buruk tetap publisiti juga kan?”

“Aduh… terus hilang minat. Spoil betul Threads abang Nam Ron.

“Ok, Nam Ron dah diboikot,” komen beberapa netizen. 

Terdahulu, aktivis kemanusiaan dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad yang menyertai misi GSF selamat tiba di kediamannya awal pagi Rabu lalu selepas memilih untuk pulang secara senyap tanpa sebarang liputan media atau sambutan besar-besaran.

Difahamkan, Zainal atau lebih mesra disapa ZRA meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar tengah malam Selasa selepas pergerakan dirancang rapi oleh rakan-rakannya bagi mengelak perhatian orang ramai.

Menurut perkongsian rakannya, Syahril A. Kadir, ZRA tiba di rumah kira-kira jam 12.30 pagi dalam keadaan letih namun masih mengekalkan gaya ‘rugged’ yang menjadi identitinya.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement