Sekilas
- Rapper A$AP Rocky mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai Datuk Bandar New York pada 2029.
- Beliau yakin mampu menang dan menjadi pembela rakyat seperti bekas rapper yang kini memegang jawatan tersebut.
- A$AP Rocky mahu memperbaiki infrastruktur, peluang pekerjaan, taraf hidup, dan servis kesihatan di New York.
Rapper A$AP Rocky dengan yakin dan tanpa ragu-ragu melahirkan impiannya untuk bertanding merebut posisi sebagai Datuk Bandar New York untuk penggal 2029.
Pasangan Rihanna itu memberitahy hasratnya untuk terjun ke dunia politik saat menjalani temubual bersama Esquire. Pemilik nama sebenar Rakim Athelston Mayers itu juga yakin mampu mencapai impian menjadi datuk bandar.
Keyakinan memang dan mampu menjadi datuk bandar kata rapper itu lagi diperkuat dengan kemenangan yang diperoleh bekas rapper, Zohran Mandani yang kini menjadi ‘wajah’ New York.
“2029, pilih datuk bandar Mayers. Pilih Rocky,” katanya tanpa segan silu.
Rapper berusia 37 tahun itu kemudian menjelaskan mengapa dirinya yakin mampu menjadi datuk bandar pada penggal akan datang.
“Saya fikir saya mampu jadi datuk bandar kerana saya seorang pembela rakyat. Jika nampak jalan berlubang, kita perbaiki.
“Saya juga mahu menciptakan lebih banyak peluang pekerjaan dan memperbaiki taraf hidup rakyat serta menaik taraf servis kesihatan,” katanya penuh semangat.