Skip to main content

Hiburan

Lelaki Maut, Wanita Cedera Dihempap Pokok Tumbang Akibat Ribut Di Ibu Negara

ccv

Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas beberapa kejadian pokok tumbang dilaporkan di sekitar ibu negara susulan ribut dan hujan lebat, petang ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut antara pukul 4 hingga 5.30 petang.

Advertisement

“Pasukan bomba telah dikerahkan ke beberapa lokasi terjejas bagi menjalankan kerja-kerja penyelamatan, pembersihan serta pemotongan pokok tumbang bagi memastikan keselamatan kawasan awam terjamin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, antara kawasan terlibat ialah Jalan Metro Prima, Kepong Baru, yang mana satu kejadian melibatkan sebuah kereta dihempap pokok menyebabkan seorang wanita berusia lingkungan 30-an cedera.

“Sementara itu, di Hartamas Regency, Persiaran Dutamas, Taman Duta, dua buah kereta dihempap pokok tumbang menyebabkan seorang lelaki berusia 40-an disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Di Jalan Burung Balam, Taman Bukit Maluri pula, sebuah lagi kereta turut dilaporkan terlibat dalam kejadian sama, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Must-Watch Video

Advertisement