Skip to main content

Hiburan

Lama Tak Muncul Dengan Lagu Baru, Mike Angelo Beri Bayangan Kembali Aktif Dunia Muzik

fgfgh

Sekilas

  • Mike Angelo sedang dalam proses awal menghasilkan rancangan sendiri berjudul The Vamp Series yang berkisarkan tentang vampire.
  • Skrip siri tersebut ditulis berdasarkan pengalaman peribadinya dan karakter utama mirip dengan dirinya.
  • Selain lakonan, Mike juga merancang untuk kembali aktif dalam dunia muzik dengan keluaran lagu baharu tahun ini.

Bintang terkenal Thailand, Mike Angelo, memaklumkan sedang dalam perancangan untuk menghasilkan rancangan sendiri. 

Mike atau nama sebenarnya Pirat Nitipaisalkul berkata, projek tersebut masih dirahsiakan kerana kini berada dalam fasa pembikinan awal.

“Buat masa sekarang ia masih rahsia. Saya sedang cuba menghasilkan rancangan saya sendiri berjudul The Vamp Series yang berkisarkan tentang ‘vampire’.

“Ketika ini, projek itu masih dalam proses pembikinan,” katanya.

Menurut pelakon filem The Misfits itu, skrip bagi siri berkenaan ditulis berdasarkan pengalaman peribadinya. 

“Saya menulis skrip berdasarkan pengalaman peribadi, jadi karakter itu agak mirip dengan saya,” jelasnya.

Selain lakonan, Mike turut memberi bayangan bakal kembali aktif dalam dunia muzik selepas sekian lama tidak tampil dengan karya baharu.

“Tahun ini sudah lama saya tidak mengeluarkan EP. Jadi mungkin tahun ini anda akan dapat mendengar lagu baharu daripada saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mike turut meluahkan rasa terharu apabila pertama kali menghadiri acara berskala besar di Malaysia dan menerima sambutan hangat daripada peminat tempatan.

“Ini kali pertama saya datang ke acara besar di Malaysia. Saya tidak sangka ramai yang datang memberi sokongan.

“Terima kasih kerana hadir. Saya harap saya dapat datang ke sini lagi pada masa akan datang,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must-Watch Video

Advertisement