Skip to main content

Hiburan

Lakonan Semakin Diterima, Sophia Albarakbah Syukur Kerja Keras Dihargai - “Ini Mungkin Permulaan…”

Sophia Albarakbah

Sekilas

  • Sophia Albarakbah gembira lakonannya mula mendapat perhatian dan berharap dikenali kerana bakat, bukan kisah peribadi.
  • Dia mahu teroka pelbagai watak baru dan tidak mahu terikat dengan karakter yang sama dalam setiap naskhah.
  • Filem terbaharunya, Amira Amir, akan ditayangkan di Astro First mulai 26 Februari 2026 dengan lagu tema oleh Marsha Milan.

Pelakon, Sophia Albarakbah mengakui gembira apabila kualiti lakonannya mula dilihat dan menjadi perhatian penonton. 

Menurut Sophia, dia sememangnya berharap namanya lebih dikenali kerana bakat lakonannya berbanding kisah-kisah peribadi. 

"Alhamdulillah, saya sangat gembira sebab sebagai pelakon kita nak lakonan kita semakin baik. Saya pun nak dikenali dengan lakonan, bukan benda-benda peribadi. Saya sangat gembira kerana kerja keras saya orang dah perasan. 

"Ini mungkin permulaan untuk saya memperbaiki lagi lakonan saya dan membuat semua orang terkesan dan suka dengan lakonan. Karya seterusnya saya akan bagi lagi terbaik untuk menghiburkan semua," katanya kepada Gempak. 

Sophia ditemui ketika menghadiri sesi tayangan perdana filem terbaharunya iaitu Amira Amir baru-baru ini. 

Dalam pada itu, pelakon drama Bisik Asmara itu juga enggan terus terperangkap dalam zon selesa atau terikat dengan karakter yang serupa dalam setiap naskhah. 

"Sudah semestinya karya yang lagi impak dan berat akan membuatkan penonton lagi suka tapi sebagai pelakon sangat susah nak bawa watak berat, emosi akan sentiasa terkesan dalam kehidupan seharian. 

"Itu pengorbanan setiap pelakon untuk berjaya dalam karier, watak-watak begitu saya memang kena bawa. Tapi sudah semestinya saya tak nak terikat dengan karakter sama. 

"Saya nak teroka watak-watak lain juga seperti aksi, 'period piece' macam zaman dulu atau orang gila. Kita tengok apa yang diberikan nanti. Pengurus saya tahu watak yang terbaik bagi saya," tambahnya. 

Sebelum ini, Sophia menerima banyak pujian positif daripada peminat mengenai lakonannya yang mempunyai penambahbaikan.

Dalam perkembangan lain, Sophia turut muncul dengan sebuah filem baharu yang berjudul Amira Amir. 

Selain Sophia, filem arahan Reen Imran ini juga dibintangi Zahiril Adzim, Fezrul Khan, Zarynn Min dan Kartina Aziz.

Sebagai pelengkap penceritaan, Amira Amir menampilkan lagu tema ‘Hati Yang Tak Terbalas’ yang dibawakan oleh penyanyi bersuara emas, Marsha Milan.

Amira Amir akan ditayangkan secara eksklusif di pawagam rumah anda, Astro First bermula 26 Februari 2026. Seiring dengan mesej ramadan Astro tahun ini iaitu ‘Bila Bersama Lagi Jadi’, filem ini lebih menarik dinikmati bersama insan tersayang secara beramai-ramai apabila melanggan dengan hanya satu harga, iaitu RM15 di platform Astro dan sooka dalam tempoh 48 jam.  

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

Must-Watch Video

Advertisement