Skip to main content

Konsert

Kristal Rai 25 Tahun, Semua Ahli Bakal Bersatu Dalam Konsert OG Di Zepp KL

Astro Gempak kristal (1)

Sekilas

  • Kumpulan muzik Kristal kekal relevan dalam industri selepas 25 tahun dengan perjalanan seni yang penuh liku dan pengalaman berharga.
  • Konsert khas KRISTAL OG CONCERT akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Mei, menampilkan lagu-lagu dari 13 album mereka sejak awal penubuhan.
  • Tiket konsert sudah mula dijual secara rasmi dan acara ini merupakan perayaan nostalgia serta penghargaan kepada peminat setia Kristal.

Tidak semua kumpulan muzik mampu bertahan lama dalam industri, namun perjalanan Kristal membuktikan sebaliknya apabila terus relevan selepas 25 tahun.

Bermula dengan impian kecil, kumpulan ini mengorak langkah tanpa jaminan kejayaan, hanya berbekalkan minat mendalam terhadap muzik serta ikatan persahabatan yang kuat.

Dari pentas kecil dan persembahan gig bawah tanah, Kristal perlahan-lahan membina nama sehingga dikenali sebagai antara kumpulan rock yang meninggalkan impak tersendiri dalam industri muzik tempatan.

Sepanjang dua dekad setengah itu, pelbagai pengalaman telah membentuk identiti mereka, daripada lagu yang menjadi siulan peminat hingga persembahan pentas yang sentiasa mendapat sambutan.

Kini, perjalanan panjang itu bakal diraikan dalam sebuah konsert istimewa bertemakan KRISTAL OG CONCERT – “25 Tahun Dalam Satu Malam”, yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya menjadi ruang untuk menghidupkan semula nostalgia menerusi lagu-lagu yang membesar bersama peminat.

Menurut Lan Solo, konsert tersebut akan tampil dengan kelainan berbanding persembahan sebelum ini.

“Konsert kali ini adalah berlainan dengan konsert Kristal sebelum ini. Kami akan ‘all out’, dengan saya akan menyanyikan lagu-lagu yang pernah dirakam dari Album pertama sehingga album yang ke-13.

“Lagu-lagu dalam album tersebut termasuklah yang dianggotai oleh ahli lain iaitu Rody, Izal, Joe, Acap, Amai, Ainol, Rijal dan ramai lagi anak beranak Kristal dalam album itu.

“Jadi semua ini kami akan bawakan di pentas konsert OG nantip ada 1 Mei depan di Zepp Kuala Lumpur.

“Signifikan 25 tahun Kristal ini adalah perjalanan seni Lan Solo Bersama Kristal dari zaman kanak-kanan sehinggalah kini, merangkumi perjalanan selama 25 tahun.

“Sepanjang kami terbitkan album sebanyak 13 album, ahli anggota kami ada yang bertukar-tukar tetapi konsep dan genre muzik tetap sama saja dan hanya dinyanyikan oleh Lan Solo.

“Jatuh bangun perjalanan Kristal sepanjang 25 tahun ini kami telah lalui pelbagai cabaran, dugaan, sedih, gembira, rakan kumpulan yang bertukar-tukar tetapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk berkarya dan kekal relevan,” katanya.

Konsert ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kasih KhaiRosma dengan kerjasama Blavia dan Andromeda Event.

Tiket telah mula dijual dengan jumlah terhad, dan peminat berpeluang menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini melalui pembelian di laman rasmi.

KRISTAL OG CONCERT bukan sekadar konsert, tetapi sebuah perayaan perjalanan seni selama 25 tahun yang bakal menghidupkan kembali memori lama dalam satu malam yang penuh makna.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must-Watch Video

Advertisement