Skip to main content

Hiburan

Kongsi Foto Mesra Berdua, Boss Ned & Nadia Brian Bercinta?

Nedim

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri menyorot perhatian netizen selepas berkongsi gambar bersama aktres, Nadia Brian. 

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Nedim dilihat turut menggunakan kapsyen romantik pada foto tersebut. 

“Ada sebahagian hati saya yang tertinggal di sini,” tulis Nedim ringkas. 



Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian tersebut malah ada yang mendoakan kebahagian Nedim atau lebih mesra disapa sebagai Boss Ned. 



Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl. 

Bagaimanapun, selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan itu disahkan bercerai talak satu pada 19 Jun 2024 di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin. 

Anda mungkin berminat dengan

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Must-Watch Video

Advertisement