Skip to main content

Hiburan

Kongsi Azam Ramadan, Nora Danish Mahu Solat Dalam Keadaan Tenang - “Saya Tak Nak Ia Terasa Seperti…”

ASTROGEMPAK Nora Danish

Sekilas

  • Pelakon Nora Danish berkongsi azam Ramadan untuk memperbaiki tabiat menunaikan solat dengan lebih tenang dan tidak tergesa-gesa.
  • Beliau menekankan pentingnya penghayatan dalam ibadah supaya solat tidak hanya menjadi rutin harian semata-mata.
  • Perkongsian Nora mendapat reaksi positif daripada peminat yang turut berkongsi tabiat baik mereka seperti solat awal waktu dan berzikir.

Pelakon Nora Danish berkongsi azam peribadi sempena Ramadan tahun ini iaitu memilih untuk memperbaiki satu tabiat kecil yang dirasakannya memberi kesan besar terhadap kualiti ibadah.

 

Menurut Nora, dia kini cuba melatih diri supaya lebih tenang dan tidak tergesa-gesa ketika menunaikan solat. 

 

Baginya, ibadah itu seharusnya dilakukan dengan penuh penghayatan, bukan sekadar rutin harian.

 

“Apakah satu tabiat kecil yang anda cuba perbaiki pada Ramadan ini? Bagi saya, cuba memperlahankan dan tidak tergesa-gesa menunaikan solat. 

 

“Saya tidak mahu ia terasa seperti satu tugasan,” kongsi Nora. 

 

Perkongsian menerima reaksi positif dalam kalangan peminat yang turut bersetuju bahawa ketenangan dan fokus ketika beribadah lebih penting daripada mengejar waktu semata-mata.

 

Malah wargamaya turut berkongsi tabiat kecil yang mereka mahu memperbaiki di bulan Ramadan antaranya solat awal waktu, kekal berdoa dan ambil masa berzikir. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Must-Watch Video

Advertisement