Sekilas
- Kim Woo Bin dan Shin Min Ah selamat melangsungkan perkahwinan mereka pada 20 Disember 2025 di Hotel Shilla, Seoul.
- Majlis perkahwinan diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat sahaja.
- Pasangan selebriti ini telah bersama selama 10 tahun dan kini bersedia memulakan kehidupan rumah tangga sambil terus fokus pada kerjaya masing-masing.
Pesohor dunia K Pop, Kim Woo Bin menamatkan zaman bujang apabila selamat berkahwin dengan aktres Shin Min Ah, hari ini.
Berita perkahwinan mereka dikongsikan pihak agensi, AM Entertainment menerusi perkongsian foto perkahwinan pasangan selebriti itu pada 20 Disember 2025.
“Hari ini, aktres Shin Min Ah dan aktres Kim Woo Bin selamat berkahwin. Kami amat berbesar hari dan bersyukur dengan ucapan tahniah yang diberikan kepada pasangan ini.
“Semoga perjalanan baharu mereka akan menjadi bernilai. Woo Bin dan Min Ah sangat teruja untuk menjalani kehidupan rumah tangga dan pada sama memberi fokus yang baik terhadap kerjaya masing-masing,” tulis kenyataan tersebut seperti dilaporkan Soompi.
Majlis perkahwinan mereka berlangsung secara tertutup di Hotel Shilla di Seoul dengan dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
Terdahulu, Woo Bin menulis surat memaklumkan akan berkahwin dengan Min Ah yang berada di sisinya dalam susah dan senang sepanjang 10 tahun bersama.