Skip to main content

Hiburan

Kieda Crepe Umum Hamil Anak Ketiga - “Arwah Ayah Genap 2 Tahun Tinggalkan Saya & Allah Hadirkan…”

Kieda Creep

Pempengaruh media sosial dan usahawan popular, Kieda Crepe menyorot perhatian netizen selepas berkongsi berita hamil anak ketiga.

Kieda atau nama lengkapnya Siti Nur Khalieda Yusra berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram.

“Dengan nama Allah Aku berlindung daripada Mata-Mata Jahat. Saat video ni kida post , kieda dah nak masuk third trimester dan dalam perjalanan ke Jeddah untuk menunaikan Umrah bersama suami dan orang tua kami,” tulisnya.

Menerusi perkongsian tersebut Kieda dilihat  membuat kejutan kepada suaminya, Mohd Hilmi Mohd Zaki yang sedang merakam video promosi bagi perniagaan mereka.

Ruangan komen Kieda juga dibanjiri dengan ucapan tahniah dan rata-rata mendoakan kesihatan Kieda. 


Must-Watch Video

Advertisement