Skip to main content

Hiburan

Khairul Aming Transform Rembayung Jadi ‘Live Room’ Terbesar Malaysia - “Kita Nak Hadiahkan 80 Pax Makan Rembayung…”

Astro Gempak 155

Sekilas

  • Khairul Aming mengumumkan restoran Rembayung akan diubah menjadi live room terbesar di Malaysia dengan bantuan 10 co-host termasuk Zizan Razak.
  • Live session akan bermula tengah hari di TikTok Khairul Aming dengan pelbagai aktiviti seperti perkongsian Ramadan dan masak-masak dari dapur.
  • Khairul Aming menawarkan peluang kepada 80 pelanggan untuk menikmati hidangan di Rembayung dengan syarat tertentu.

Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming berkongsi keterujaannya apabila restoran miliknya, Rembayung, bakal ditransformasikan menjadi sebuah ‘live room’ terbesar di Malaysia.

Menerusi perkongsian di Threads, Khairul Aming memaklumkan perancangan tersebut telah dibuat sejak dua bulan lalu sebelum direalisasikan hari ini.

“Selepas dua bulan planning, hari ni kita transform Rembayung menjadi live room terbesar di Malaysia. Dengan bantuan 10 co-host termasuk Zizan Razak, kita akan live di Rembayung bermula 12 tengah hari ni untuk anda semua.

“Macam-macam aktiviti kita akan buat termasuk perkongsian Ramadan dan masak-masak live dari dapur bersama chef,” katanya.

Dalam masa sama, Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA turut menghadiahkan peluang kepada 80 pelanggan untuk menikmati hidangan di Rembayung.

“Kita nak hadiahkan 80 pax untuk makan di Rembayung, boleh pilih tarikh dan masa yang nak, tertakluk terma dan syarat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sesi siaran langsung tersebut akan berlangsung di platform TikTok miliknya bermula tengah hari tadi.

“Jumpa anda live di TikTok KA tengah hari ni,” katanya.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Must-Watch Video

Advertisement