Skip to main content

Hiburan

Khairul Aming Sebak, Kenang Perjalanan 9 Tahun Bersama Pengikut - “Buat Video Masak Yang Tak Tahu…”

Khairul Aming

Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming meluahkan rasa terharu selepas melihat sokongan yang dimiliknya sepanjang sembilan tahun bergelar pencipta kandungan.

Menurut Khairul Aming atau lebih mesra disapa sebagai KA, selama sembilan tahun dia hanya merakam kandungan di rumah sewa tanpa mengetahui sama ada ada yang menonton atau tidak.

“9 tahun lepas I was alone dalam rumah sewa, buat video masak yang tak tahu ada orang tengok ke tak,” kongsinya.

Namun, masa berlalu dan sedikit demi sedikit, namanya mula dikenali.

Pengikut yang setia bersama sejak awal turut melalui fasa kehidupan masing-masing seiring dengan perkembangan kerjaya mereka.

Khairul Aming menyedari ada dalam kalangan pengikutnya yang dahulunya masih belajar kini sudah bekerja, ada yang dahulu bujang kini sudah berumah tangga, malah ada yang sudah bergelar ibu dan bapa.

“Ada yang dari zaman belajar now dah kerja, ada yang bujang sekarang dah kahwin, ada yang dah jadi mak ayah, dan ada juga yang dah pergi meninggalkan kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, KA juga meluahkan rasa gembira melihat ramai pengikutnya boleh membuat resipi mereka bersama-sama dengan keluarga tercinta.

Jelas Khairul, momen memasak dan meluangkan masa bersama keluarga memberikan makna besar buat dirinya, seolah-olah usaha yang dilakukan selama ini membawa nilai yang lebih mendalam daripada sekadar kandungan di media sosial.

“Saya dah tak boleh create moments ni dengan arwah ayah, tapi bila tengok korang happy masak dengan family, that means the world to me.

“Dari Malaysia ke seluruh dunia, terima kasih guys for everything,” tambahnya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement