Skip to main content

Hiburan

Kes Orang Ketiga Semakin Berleluasa, Khairul Aming Titip Pesan - “Jangan Curang Di Rembayung, Saya Tak Nak…”

Khairul Aming

Sekilas

  • Khairul Aming menasihatkan pelanggan supaya tidak berlaku curang di restorannya, Rembayung, bagi mengelakkan kontroversi.
  • Beliau berkongsi pesanan tersebut semasa sesi siaran langsung di TikTok selepas ditanya tentang isu kecurangan.
  • Video tersebut mendapat reaksi positif dan menghiburkan ramai netizen di ruangan komen.

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming menitipkan pesan kepada bakal pelanggannya untuk tidak berlaku curang di restoran miliknya iaitu Rembayung.

Menerusi rakaman video sesi siaran langsung yang dimuat naik semula @fitzayn, Khairul Aming memaklumkan dia tidak mahu restoran miliknya itu dijadikan sebagai lokasi untuk berlaku curang kerana tidak mahu terpalit dengan sebarang kontroversi.

“Yang mana nak berlaku curang, jangan curang di Rembayung ya.

“Aku tak nak nanti ada isteri atau suami datang bawa kamera, ‘Tengok ni, ni perempuan atau lelaki mana ni?’

“Nanti aku yang dekat belakang pula terkejut dan aku tak nak duduk dalam video yang tular itu.

“Jadi, tolong jangan berlaku curang di Rembayung,” katanya.

Khairul berkongsi perkara tersebut ketika ditanya peminatnya mengenai hal kecurangan sewaktu sedang melakukan sesi siaran langsung di TikTok.

“KA (panggilan Khairul Aming), macam mana nak santau orang yang curang ya?,” tanya netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur mendengar jawapan Khairul Aming.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement