Skip to main content

Hollywood

Kentut Semasa ‘Live’, Tapak Kaki Hitam, Peminat Jijik Dengan Benny Blanco

Astro Gempak Benny Blanco

Sekilas

  • Benny Blanco jadi perhatian selepas muncul dalam podcast Friends Keep Secrets dengan tapak kaki yang kotor dan hitam.
  • Dia juga kentut secara selamba semasa temu bual, yang menyebabkan reaksi jijik daripada peminat.
  • Blanco mengaku tidak mandi setiap hari kerana mahu mengekalkan minyak asli pada kulit dan rambutnya.

Benny Blanco menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat selepas muncul dalam podcast Friends Keep Secrets, baru-baru ini.

Hal yang demikian kerana suami Selena Gomez tersebut tampil duduk di atas sofa dengan memperlihatkan tapak kaki yang cukup kotor dan hitam.

Tidak hanya memiliki tapak kaki yang kotor, penerbit dan penulis lirik itu juga selamba kentut sewaktu temu bual sedang berlangsung.

Tindakannya itu mendapat beragam reaksi dengan kebanyakannya berasa jijik dengan penampilan Blanco yang disifatkan tidak menjaga kebersihan diri, lapor People.

“Tolong basuh kaki dan bersihkan lantai,” tulis seorang pengguna, sementara yang lain menulis: “Blanco, itu (kaki) terlalu kotor. Tolong bersihkan!”

Pada tahun 2024, Blanco dalam satu temu bual bersama People mengaku tidak mandi setiap hari. Menurutnya dia berbuat demikian kerana tidak mahu minyak asli pada anggota tubuh menjadi kering.

“Saya juga tidak percaya dengan mencuci dan merapika rambut. Ada orang yang saya kenal mandi sekali hingga tiga kali sehari tapi saya rasa minyak asli pada kulit tidak dapat melakukan proses semula jadi,” akuinya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Must-Watch Video

Advertisement