Skip to main content

Hiburan

Kena ‘Friendzone’ Dengan Ili, Keanu Azman Dedah Pernah Luah Perasaan Tapi Tak Berbalas - “Dia Nak Kami Kekal Bersahabat…”

ASTROGEMPAK Keanu Azman

Pengacara Keanu Azman mengakui dia sememangnya menyimpan perasaan terhadap penyampai radio Hitz FM iaitu Ili Ruzzanna dan sudah meluahkan cintanya kira-kira dua minggu lalu. 

 

Bagaimanapun menurut Keanu, perasaannya tidak berbalas apabila Ili memilih untuk mengekalkan hubungan mereka sebagai sahabat baik yang sudah lama terjalin.

 

“Saya memang ada perasaan terhadao Ili tapi dia tidak ada perasaan pada saya. Dia pun tahu sebab saya pernah mengaku dengan Ili. 

 

“Cumanya dia nak kami masih kekal bersahabat. Dia rasa macam kami ini sesuai jadi kawan baik saja dan tak nak rosakkan persahabatan. Saya luahkan perasan pada dua minggu lalu,” katanya kepada Gempak.

 

Tambah Keanu, mereka juga sempat bertemu pada bulan Ramadan baru-baru ini memandangkan Ili mengenali ibunya, namun mengakui suasana ketika itu sedikit kekok.

 

“Saya ada jumpa dia masa bulan puasa ini sebab dia kenal ibu saya. Jadi situasi ketika itu agak kekok sedikit. Saya cuma harap tak lama kekok itu sebab kami kawan baik,” katanya lagi. 

 

Dalam pada itu, Keanu menjelaskan dia tidak tergesa-gesa untuk berkahwin meskipun sebelum ini pernah berkongsi di media sosial tentang hasrat mencari pasangan hidup.

 

“Cara dia jawab memang dah rasa macam muktamat dah. Bagi saya, saya tak ada la dalam keadaan nak cepat. Memang saya ada post nak cari jodoh secepat mungkin. 

 

“Cuma saya tidak ada tempoh masa untuk saya berkahwin. Kalau tiba-tiba Ili terbuka hati untuk saya, Alhamdulillah. Kalau tak, saya mencari orang lain,” ujarnya. 

 

Anda mungkin berminat dengan

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

Stretchable Plus Size Underwear Spender Panties M-XXXXL / Seluar Dalam Wanita M-XXXXL FELACITY

Stretchable Plus Size Underwear Spender Panties M-XXXXL / Seluar Dalam Wanita M-XXXXL FELACITY

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

Advertisement