Skip to main content

Hiburan

Kembali Hangatkan Pentas Muzik Tempatan, Wings Sunday Night Live Gegarkan 2 Lokasi Eksklusif

ASTROGEMPAK Wings

Sekilas

  • Wings akan mengadakan showcase istimewa bertajuk ‘Wings Sunday Night Live’ pada Julai 2026 untuk mempromosikan album terbaru mereka, Wings New Era.
  • Persembahan berdurasi satu setengah jam ini akan berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 5 Julai dan Hard Rock Cafe Melaka pada 12 Julai, menampilkan sekitar 20 lagu termasuk hits lama dan karya baru.
  • Acara ini dianjurkan bersama Awie Entertainment dan Hard Rock Cafe, dengan sokongan RPM Label, bertujuan menyemarakkan industri muzik rock tempatan dan memberikan pengalaman live yang berkesan kepada peminat.

Kumpulan rock legenda tanah air, Wings bakal kembali menghangatkan pentas muzik tempatan menerusi showcase istimewa bertajuk ‘Wings Sunday Night Live’ sempena promosi album terbaharu mereka yang dijadualkan berlangsung pada Julai depan.

 

Showcase eksklusif ini dianjurkan dengan kerjasama Awie Entertainment bersama Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, serta disokong oleh RPM Label sebagai pihak penguruzan baru bagi Wings. 

 

Penganjuran ‘Wings Sunday Night Live’ bukan sekadar sebuah persembahan muzik, sebaliknya menjadi platform istimewa untuk memperkenalkan karya-karya baharu Wings kepada para peminat, di samping mempromosikan album Wings New Era.

 

Dalam masa yang sama, ia turut diharap dapat menyemarakkan lagi industri seni muzik tempatan serta mengangkat semangat persembahan live dalam kalangan peminat muzik tanah air.

 

Pada asalnya, siri ini dirancang sebagai jelajah Rock To Rock Tour. 

 

Namun demikian, atas kekangan tertentu, penganjur mengambil keputusan untuk memfokuskan penganjuran kepada dua lokasi utama yang dijangka menghimpunkan peminat setia dari seluruh negara.

 

Wings bakal tampil dengan persembahan bertenaga berdurasi satu jam setengah menerusi sebuah set istimewa yang merangkumi sekitar 20 buah lagu. 

 

Penonton akan dihidangkan dengan gabungan lagu-lagu hits yang menjadi kegemaran sepanjang zaman, serta seleksi karya baharu daripada album mereka.

 

Dua lokasi yang bakal menjadi saksi kepada kemuncak “Wings Sunday Night Live” ialah:

 

📍 5 Julai 2026 : Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

📍 12 Julai 2026 : Hard Rock Cafe Melaka

 

Orang ramai, khususnya para peminat muzik rock tanah air, dijemput hadir bagi menyaksikan sendiri malam penuh energi, nostalgia dan keampuhan muzik Wings dalam sebuah pengalaman live yang dijangka meninggalkan impak mendalam.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement