Skip to main content

Antarabangsa

Tak Mampu Bayar Kos, Ibu Bapa Tinggalkan Jenazah Anak Tepi Jalan

Astrogempak MAYAT

Penduduk sebuah perkampungan di Lampung Selatan digegarkan dengan penemuan jenazah seorang kanak-kanak perempuan bersama sepucuk surat yang ditinggalkan di tepi jalan.

Dalam kejadian yang berlaku di Desa Rangai Tritunggal, jasad kanak-kanak malang itu ditemukan dalam bungkusan kain berwarna putih dan terdapat nota yang ditinggalkan berhampirannya.

Jasad itu ditemukan oleh seorang lelaki yang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.

"Assalamualaikum, kepada sesiapa yang menemui mayat anak saya yang meninggal dunia kerana penyakit diabetes.

"Kami sebagai ibu bapa tidak mampu mengebumikan jenazah kerana masalah kewangan," demikian menurut nota itu memetik laporqn Kumparan News.

Ketua Polis Katibung, Iptu Dita Hidayatullah berkata, mangsa dipercayai berumur antara 11 hingga 13 tahun dan identitinya masih belum diketahui.

"Di sekitar lokasi penemuan, polis turut menemukan sejumlah ubat-ubatan, peralatan perubatan dan minyak urut.

"Mangsa juga dipercayai sudah lama berbaring sehingga bahagian pinggang mengalami luka parah," katanya.

Ibu bapa kanak-kanak itu juga dipercayai tidak mempunyai wang yang cukup kerana digunakan untuk menjaga mangsa yang sakit.

Penduduk dan pihak berkuasa kemudian membantu menguruskan jenazah sehingga selesai proses pengebumian.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement