Skip to main content

Hiburan

Kematian Ahyan Buka Satu Rahsia Terpendam Kuala Makar, Misteri Good Boys Go To Heaven Masih Belum Terungkai

Good Boys Go To Heaven

Sekilas

  • Drama Astro Originals, Good Boys Go To Heaven, kini memasuki episod keenam dengan kisah kehilangan kanak-kanak bernama Ahyan yang penuh misteri di Kuala Makar.
  • Watak utama Yasser dan Dahlia menghadapi konflik emosi dan rahsia yang semakin rumit, manakala watak sampingan mula mencuri perhatian dengan petunjuk penting.
  • Drama ini mendapat perhatian ramai penonton yang berkongsi teori di media sosial, dan boleh ditonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra serta melalui Astro GO dan Sooka.

Dunia drama tempatan terus hangat dengan fenomena Astro Originals iaitu Good Boys Go To Heaven yang dilihat semakin mencuri tumpuan penonton.

Sudah pun memasuki enam episod, drama siri premium ini berlatarbelakangkan Kuala Makar di mana kisah kehilangan seorang kanak-kanak bernama Ahyan mula menjadi titik permulaan kepada pelbagai rahsia yang semakin sukar dirungkai.

Meskipun kebenaran dilihat semakin hampir untuk dirungkai namun setiap petunjuk yang muncul dilihat hanya menambahkan lagi persoalan dalam kalangan penonton.

Watak Yasser lakonan Beto Kusyairy dan Dahlia yang dibawakan Zahirah MacWilson pula terus menjadi tumpuan apabila kedua-duanya terperangkap dalam situasi yang menguji kepercayaan serta ketahanan emosi merela.

Yasser dilihat bergelut dengan rasa bersalah dan ingatan yang semakin kabur, manakala Dahlia pula cuba kekal rasional dalam berdepan kebenaran dan realiti yang semakin sukar difahami.

Natijahnya, setiap langkah yang diambil membawa mereka lebih dekat kepada sesuatu yang masih belum selesai.

Apa yang menjadikan drama ini menarik adalah cara penceritaannya yang tidak memberikan jawapan secara terus kepada penonton. Setiap dialog hadir seperti petunjuk, manakala setiap adegan pula menyimpan makna tersirat yang mengundang pelbagai teori.

 

Menjelang episod ketujuh, fokus masih terarah kepada Yasser dan Dahlia, namun beberapa watak sampingan mula mencuri perhatian apabila kelihatan menyimpan rahsia yang mungkin menjadi kunci kepada misteri kehilangan Ahyan.

Hubungan antara watak-watak utama juga semakin tegang apabila tekanan demi tekanan mula memberi kesan kepada keputusan yang dibuat.

Dalam masa sama, setiap perkembangan baharu seolah-olah membuka lebih banyak persoalan berbanding jawapan.

Bukan sekadar drama misteri biasa, Good Boys Go To Heaven berjaya membawa penonton menyelami permainan minda yang menguji naluri, persepsi dan emosi. Setiap episod dipenuhi simbol, petanda halus dan petunjuk yang menuntut perhatian.

Buktinya, rata-rata penonton mula ‘mengheret’ rasa ingin tahu dengan berkongsi teori mereka di media sosial bagi merungkai identiti sebenar siapakah dalang disebalik kematian Ahyan.

Dengan misteri yang semakin menebal dan pelbagai rahsia yang masih belum terbongkar, Good Boys Go To Heaven dilihat terus mengekalkan momentum sebagai antara drama tempatan yang paling diperkatakan ketika ini.

Selagi kebenaran kekal tersembunyi, Kuala Makar akan terus menghantui fikiran penonton dan mencetuskan rasa tidak tenang yang sukar dilepaskan.

Tinggal hanya dua lagi episod, siapakah dalang sebenar kepada kematian Ahyan yang terus menjadi tanda tanya penduduk Kuala Makar.

Jangan lupa saksikam Good Boys Go To Heaven pada setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement