Skip to main content

Hiburan

“Kemas & Restock Semula Barang Dapur Mak Ayah Kita” - Alha Alfa Titip Pesan Buat Anak Perantau

Alha Alfa

Sekilas

  • Datuk Alha Alfa mengingatkan semua supaya kemas dan pastikan kebersihan rumah keluarga sebelum pulang selepas sambutan Aidilfitri di kampung.
  • Beliau juga menasihatkan supaya buang sampah dan lampin anak kecil serta topup stok barangan dapur seperti beras, gula, susu dan telur di rumah orang tua.
  • Alha turut mendoakan agar semua selamat sampai ke destinasi masing-masing selepas sambutan raya.

Usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa menitipkan pesan khusus buat semua yang mahu pulang ke rumah selepas menyambut Aidilfitri di kampung.

Menerusi ciapan di Threads, Alha berpesan agar setiap individu perlu memastikan kebersihan rumah kediaman keluarga mereka dalam keadaan yang baik sebelum pulang semula ke rumah masing-masing.

Perjelas Alha, pesanan itu juga ditujukan kepada dirinya sendiri.

“Nak pesan sikit kat diri sendiri dan korang semua. Settle dah raya? Nak balik rumah masing-masing dari kampung?

“Sebelum balik tolong kemas-kemas balik rumah mak korang. Yang menumpang rumah nenek ke apa kemas semula seperti asal.

“Yang ada anak kecil buang segala lampin dan tolong buang sampah siap-siap,”kongsinya.

Dalam masa yang sama, Alha turut menyarankan agar mana-mana individu untuk memastikan stok barangan dapur rumah kediaman orang tua mereka kembali mencukupi.

“Kat dapur top up balik beras gula susu, telur ape semua. Kesian mak ayah nenek kita semua kan? Dari gembira nanti stres nak mengemas dan barang dapur tak cukup, kongsinya.

Mengakhiri ciapan, Alha mendoakan agar semua pengikutnya selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

Must Watch Video

Advertisement