Skip to main content

Bollywood

Kangana Ranaut Buka Mulut Dituduh Amal Ilmu Hitam, Minum Darah

Astro Gempak kangana

Sekilas

  • Kangna Ranaut menafikan tuduhan mengamalkan ilmu hitam dan menyihir bekas kekasihnya, Adhyayan Suman, yang memfailkan saman terhadapnya lebih sedekad lalu.
  • Ranaut berkata tuduhan itu menjejaskan reputasi dan kariernya pada usia muda, namun dia tetap fokus pada kerjaya dan mempunyai bukti untuk menangkis fitnah tersebut.
  • Suman mendakwa pernah didera secara fizikal dan mental oleh Ranaut serta dipaksa melakukan ritual, dan membuat laporan tujuh tahun selepas mereka berpisah.

Aktres terkenal Bollywood, Kangna Ranaut berbicara mengenai tuduhan dirinya mengamalkan ilmu hitam dan telah menyihir bekas kekasihnya, Adhyayan Suman, lebih sedekad lalu.

Selain itu, Suman telah memfailkan saman kepada pelakon itu dengan dakwaan bukan hanya mengamalkan ilmu hitam tetapi telah didera dari segi fizikal dan mental oleh Ranaut.

Pertuduhan yang dibuat kepadanya, kata Ranaut dalam sebuah podcast telah menjejaskan reputasi dan kariernya pada usia sekitar 27 dan 28 tahun, lapor The Hindustan Times.

Tanpa menamakan bekas kekasihnya, Ranaut mengatakan: “Bekas kekasih yang memfailkan saman kepada pelakon itu atas saya dengan kebanyakan orang menggelarkan saya sebagai tukang sihir, minum darah adalah fasa yang sangat sukar.”

Namun bintang filem Gangster: A Love Story  itu mengatakan dia tidak mempedulikan semua tuduhan kerana yakin ia adalah satu fitnah lalu terus memberi fokus terhadap kariernya.

“Saya memiliki bukti dan apabila ramai yang melayan saya dengan teruk kerana percaya tentang kisah ahli sihir, amal ilmu hitam itu, saya tidak memberi respons atau melayan semua dengan baik,” katanya lagi.

Reputasi Ranut, 40, akhirnya pulih selepas membintangi filem Queen pada 2014.

Ironi, Suman memfailkan saman dan menuduh wanita yang menjadi kekasihnya sekitar tahun 2008-2009, tujuh tahun selepas mereka berpisah.

Suman pada waktu itu mendakwa mengambil keputusan membuat pertuduhan kepada Ranaut yang dikenali sewaktu sama-sama terlibat dalam filem Raaz 2 itu pada tahun 2015 kerana telah terlalu lama berdiam diri.

“Saya menyembunyikan fakta telah dikasari secara fizikal selama bertahun-tahun. Pada akhirnya saya terpaksa luahkan kerana penderaan yang dilakukan terlalu teruk serta membuat saya berasa sangat tertekan,” katanya dalam satu temu bual pada tahun 2016.

Lelaki itu antaranya mendakwa pernah ditinggalkan dalam sebuah bilik gelap dan dipaksa melakukan ritual. Dia bagaimanapun menolak berbuat demikian.

Anda mungkin berminat dengan

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must-Watch Video

Advertisement