Skip to main content

Hiburan

“Kalau Dapat Separuh Level Dia Pun Cukup” – Layla Sania Jadikan Shila Amzah Sumber Inspirasi, Mahu Tebusi Pasaran China

ASTROGEMPAK Layla Sania

Sekilas

  • Layla Sania mengakui Shila Amzah sebagai sumber inspirasi terbesar dalam kerjayanya dan berharap dapat mencapai sekurang-kurangnya separuh kejayaan Shila.
  • Layla bercita-cita mengembangkan kerjaya ke pasaran China dan sudah menerima beberapa tawaran persembahan dari negara tersebut.
  • Layla baru sahaja melancarkan single berkonsepkan Tahun Baharu Cina berjudul "Xin Nian Re Nao" sebagai percubaan baru dalam muziknya.

Penyanyi Layla Sania mengakui menjadikan penyanyi Shila Amzah sebagai sumber inspirasi terbesar dalam perjalanan seninya, malah memasang impian untuk mengembangkan kerjaya sehingga ke pasaran China.

 

Menurut Layla, dia cukup mengagumi bakat dan kesungguhan Shila sehingga berharap mampu mencapai sekurang-kurangnya separuh daripada kejayaan idolanya itu.

 

“Kalau dapat jadi separuh level Shila pun saya dah bersyukur sangat. Saya pun pernah jumpa dia dan dia seorang yang sangat baik dan berbakat. 

 

“Kalau ada rezeki, saya memang nak kembangkan kerjaya saya di China. Saya pernah masuk pertandingan menyanyi lawan antara negara tapi tidak berjaya,” katanya kepada Gempak. 

 

Tambah Layla, dia mahu membina identitinya sendiri sebagai artis, namun tetap menjadikan usaha keras Shila sebagai contoh.

 

“Saya nak jadi Layla Sania tapi saya jadikan Shila sebagai inspirasi di mana usaha dia itu, saya akan buat lagi double usaha,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Layla mendedahkan namanya semakin mendapat perhatian dari negara tembok besar itu apabila menerima beberapa tawaran persembahan.

 

“Alhamdulillah, banyak program dari China panggil saya untuk buat persembahan. Antaranya saya ada buat video dengan tourism dari China dan Insya-Allah akan keluar tak lama lagi. 

 

“Saya memang teringin nak pergi ke sana dan ada rezeki saya nak jejak kaki di China,” ujarnya. 

 

Bukan itu sahaja, Layla turut mencuba sesuatu yang baharu apabila tampil dengan single berkonsepkan Tahun Baharu Cina berjudul Xin Nian Re Nao.

 

“Ini lagu single terbaru saya, lagu first CNY ini la… lepas tu saya tak pernah buat lagu CNY sebelum ni. Ini first time nak mencuba something new dan lagu ni akan ada kesinambungannya. 

 

“Lagu Selamat Hari Raya. Saya daripada kecil sekolah Cina sampai masuk Universiti juga. Sebelum ini saya ada lagu Mandarin, tapi untuk CNY ini pertama kali. 

 

“Mula-mual agak takut dengan penerimaan orang luar. Tapi Alhamdulillah, sangat-sangat positif,” katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must-Watch Video

Advertisement