Sekilas
- Datuk Dr Fazley Yaakob berkongsi pandangan di Threads bahawa campur tangan pihak ketiga dalam konflik hanya akan memburukkan keadaan.
- Fazley menggunakan analogi memasak untuk menggambarkan bahawa watak tambahan yang tidak perlu akan merosakkan 'resepi' asal.
- Hantaran Fazley dipercayai berkaitan kontroversi antara pelakon Puteri Balqis, Mia Sara Nasuha dan Janna Nick yang turut mendapat perhatian netizen.
Perkongsian terbaharu penyanyi dan cef selebriti, Datuk Dr Fazley Yaakob telah menyorot perhatian ramai di platform Threads.
Menerusi menerusi ciapan yang dibuat, Fazley beranggapan bahawa seseorang itu tidak perlu menjadi ‘penambah perusa’ sekiranya ada dua pihak yang sedang ‘memasak’.
Ujar bekas juara Cef Selebriti Malaysia itu, campur tangan orang ketiga hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada.
“Kalau dua orang pelakon muda tengah dalam dapur untuk shoot scene masak memasak dan goreng menggoreng, tak perlu ada watak lain cuba nak masukkan garam atau gula, nanti hangus pulak terbakar sekali.
“Watak-watak tempelan ni biasanya akan jadi watak yang dibenci akhirnya sebab mereka tak sepatutnya ada dalam skrip asal tu,” kongsinya.

Meskipun tidak menyebut mana-mana pihak namun ramai yang merasakan hantaran tersebut dibuat susulan kontroversi melibatkan tiga pelakon, Puteri Balqis, Mia Sara Nasuha dan Janna Nick.
Sebelum ini, Janna menerusi hantaran di Threads didakwa bersikap neutral dan dengan memberi kata nasihat supaya tidak berdendam terhadap sesuatu perkara. Malah, adalah lebih baik sekiranya serahkan segala urusan kepada Yang Esa.
Meskipun Janna tidak menyebut nama mana-mana individu berhubung perkara tersebut, namun kenyataan tersebut didakwa berkait dengan isu membabitkan Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha.
Susulan itu, ibu kepada Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz tampil meminta Janna tidak mencampuri urusan keluarga mereka kerana menganggap aktres itu bersikap berat sebelah.
Sumber: Threads