Skip to main content

Konsert

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia Selepas Tujuh Tahun, Bakal Gegar Bukit Jalil Oktober Ini

Astro Gempak jason mraz

Sekilas

  • Jason Mraz akan mengadakan konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 31 Oktober 2026 selepas tujuh tahun tidak datang ke Malaysia.
  • Konsert 'Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur' akan menampilkan lagu-lagu popularnya seperti 'I'm Yours' dan persembahan dengan pertunjukan percikan api serta dron.
  • Tiket akan mula dijual pada 11 Jun dengan harga antara RM158 hingga RM688 melalui platform etix.my.

Penantian peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan penulis lagu terkenal dunia, Jason Mraz diumumkan bakal kembali mengadakan konsert di Malaysia selepas tujuh tahun.

Konsert bertajuk 'Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur' itu akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 31 Oktober 2026 dan dianjurkan oleh Zues Event.

Jason yang terkenal menerusi lagu hit 'I'm Yours' yang telah meraih lebih dua bilion penstriman di seluruh dunia dijangka membawa persembahan penuh aura positif dan santai yang menjadi identitinya selama ini.

Sepanjang kerjayanya, pemenang Anugerah Grammy itu telah menghasilkan pelbagai lagu malar segar seperti 'I Won’t Give Up', 'Lucky' bersama Colbie Caillat, 'Have It All', 'I Feel Like Dancing' dan 'The Remedy (I Won’t Worry)'.

Selain dikenali sebagai penyanyi, Jason juga merupakan penerima penghormatan Songwriters Hall of Fame dan aktif dalam pelbagai bidang termasuk teater Broadway, penerbitan dokumentari serta aktiviti kemanusiaan menerusi Jason Mraz Foundation.

Menurut Pengarah Zues Event, Jeffery Chin, kepulangan Jason ke Kuala Lumpur diyakini mampu menarik bukan sahaja peminat setianya, malah pencinta muzik yang menghargai persembahan langsung berkualiti tinggi.

“Ramai rakyat Malaysia membesar dengan lagu-lagu Jason Mraz, dan muziknya masih relevan hingga hari ini kerana membawa mesej positif, emosi dan keaslian.

“Kami percaya kepulangan Jason Mraz ke Kuala Lumpur bukan sahaja akan menarik peminat setianya, malah pencinta muzik yang mahukan pengalaman persembahan langsung bertaraf dunia yang menghiburkan,” katanya.

Tambah Jeffery, malam konsert tersebut juga akan dimeriahkan dengan pertunjukan percikan api dan persembahan dron yang bakal menghiasi ruang udara stadium.

Tiket konsert akan mula dijual menerusi platform etix.my pada 11 Jun bermula jam 10.50 pagi. Harga tiket ditawarkan antara RM158 hingga RM688 tidak termasuk caj pemprosesan dan cukai berkaitan. Semua kategori tiket adalah tempat duduk.

Dengan deretan lagu popular serta material baharu yang bakal dipersembahkan, konsert ini dijangka menjadi antara acara muzik antarabangsa yang paling dinantikan peminat tempatan pada tahun hadapan.
 

Anda mungkin berminat dengan

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

Must Watch Video

Advertisement