Sekilas
- Elyana kini sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk kanser limfoma yang dihidapinya sejak 2010.
- Dia berkongsi perkembangan terkini di Instagram dengan gambar di hospital dan kata-kata yang menyentuh hati.
- Perkongsian Elyana mendapat sokongan ramai rakan artis dan warganet yang mendoakan kesembuhannya.
Penyanyi, Elyana berkongsi perkembangan terkini dirinya yang kini sedang menjalani rawatan kemoterapi bagi merawat kanser limfoma yang dihidapinya.
Menerusi Instagram (IG), Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal berkongsi gambar memaparkan dirinya yang sedang berada di sebuah bilik hospital sambil duduk di atas katil.
Lebih menyentuh hati, pelantun lagu Kalis Rindu ini turut berkongsi ciapan yang menyentuh hati menerusi hantaran yang sama.
‘Sebenarnya aku sudah faham arah akhirnya ke mana, tapi aku masih ingin tinggal sedikit lebih lama.
“Mahu menikmati sisa cerita sebelum semuanya benar-benar jadi kenangan,” kongsi Elyana.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai rakan artis dan warganet yang rata-ratanya menitipkan kata-kata semangat buat Elyana.

Pada 2017, Elyana mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menghidap kanser selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat
Menurut Elyana, dia menghidap penyakit itu sejak 2010 dan jangkaan awal doktor penyanyi itu hanya mampu hidup setahun sahaja.
Untuk rekod, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayah, 16 tahun.
Selain Cahaya, Elyana dan Khairul turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani dan seorang anak angkat istimewa bernama Tulus.
Sumber: Instagram Elyana