Skip to main content

Hiburan

It’s A Girl! Ayda Jebat & Nabil Mahir Umum Jantina Anak Ketiga - “Ingat Lelaki, Baby Cot Pun Dah Beli Warna Biru!”

vvvv

Sekilas

  • Ayda Jebat mengumumkan kandungan ketiga yang merupakan bayi perempuan dalam majlis bertemakan The Ultimate Triple Drop di Kuala Lumpur.
  • Majlis tersebut juga meraikan hari kelahiran anak kedua mereka, Aali Mateen, dan pelancaran muzik video lagu terbaru Ayda, Kentoot.
  • Ayda dan suami, Nabil Mahir, menegaskan jantina bukan keutamaan, yang penting adalah kesihatan ibu dan bayi yang dijangka lahir bulan depan.

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga apabila mendedahkan kandungannya kali ini adalah bayi perempuan.

Perkara tersebut diumumkan menerusi majlis istimewa bertemakan The Ultimate Triple Drop yang berlangsung di The Journal Hotel, Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis berkenaan bukan sahaja menjadi platform pendedahan jantina bayi, malah turut meraikan sambutan hari kelahiran anak kedua pasangan itu, Aali Mateen, selain pelancaran muzik video lagu terbaharu Ayda berjudul Kentoot.

Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, dia dan suami pada awalnya menyangka bakal dikurniakan cahaya mata lelaki berdasarkan persiapan yang telah dibuat.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang terbaik untuk kami. Kami ingat lelaki, baby cot pun dah beli warna biru, tapi Nayla memang nak adik perempuan,” katanya.

Sementara itu, suaminya, pelakon Nabil Mahir berkata, jantina bayi bukan keutamaan buat mereka sebaliknya kesihatan ibu dan anak menjadi perkara paling penting.

“Lelaki atau perempuan tak kisah, janji sihat. Insya-Allah, due bulan depan,” ujarnya.

Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen. 

Anda mungkin berminat dengan

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement