Skip to main content

Hiburan

Isu Foto Bercomolot Di Photobooth Bersama Pelakon Wanita, Hazeeq Dean Pilih Kunci Mulut, Mahu Jaga Privasi - “Belum Masa Umum Saya Bersama Siapa…”

hhiohoi

Pelakon Hazeeq Deen akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung foto mesra bersama pelakon Dayang Areeda yang tular di media sosial baru-baru ini.

Hazeeq atau nama sebenarnya Mohamad Haziq Nazimuddin, 28, bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana ingin menjaga privasi semua pihak.

Advertisement

“Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang isu yang viral ini. Sejak jadi pelakon, saya lebih fokus pada kerja lakonan drama dan filem, kebetulan pula bisnes saya semakin berkembang.

“Fokus saya hanya untuk kerja, jadi apa-apa yang viral ini saya tak ada benda nak komen untuk menjaga privasi semua orang.

“Saya tidak mahu menafikan atau menidakkan dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Safira (Bukan Nama Sebenar) di Pavilion Damansara Heights, Damansara, malam Rabu.

Tambah Hazeeq, dia kini mahu memberikan tumpuan penuh kepada kerjaya seni tanpa terpalit dengan gosip yang boleh menjejaskan reputasinya.

“Saya hanya mahu fokus kepada perkara yang beri manfaat kepada diri sendiri. Contohnya mahu memperbaiki diri untuk jadi lebih baik dalam bidang lakonan.

“Bagi saya apa saja yang tular bukan hak saya untuk komen. Kita tiada hak untuk tutup mulut orang atau halang apa yang mereka mahu lakukan.

“Selagi saya boleh fokus dengan kerjaya, saya baik-baik saja,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai hubungan cintanya dengan pelakon wanita berkenaan, Hazeeq bagaimanapun tidak mengiyakan mahupun menafikan perkara tersebut.

“Soal menjalin hubungan cinta atau tidak itu terlalu privasi. Satu hari nanti kalau sudah bersedia, saya akan kongsikan kepada semua

“Saya memilih untuk menjaga privasi dan tidak mahu komen tentang hubungan ini. Kalau ada yang mengiyakan saya tidak kisah kerana ia bukan keluar daripada mulut saya sendiri

“Untuk siapa yang tahu saya sekarang dengan siapa, kalau jumpa di luar mereka tahulah. Tapi untuk saya umumkan, rasanya belum tiba masanya lagi,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa foto dua pelakon yang dikatakan sedang bercinta selepas didakwa melakukan aksi tidak senonoh ketika bergambar di photobooth sebuah pusat membeli-belah.

Difahamkan, gambar intim pasangan berkenaan ditemui secara tidak sengaja oleh orang awam apabila ia ditampal bersama koleksi foto pelanggan lain di lokasi sama.

Dalam perkembangan lain, Hazeeq bakal tampil menerusi drama siri terbaharu berjudul Safira (BukanNama Sebenar). 

Safira (Bukan Nama Sebenar) bakal ditayangkan di aplikasi iQIYI bermula 7 November 2025, setiap Jumaat dan Sabtu (dua episod setiap minggu), jam 8 malam di platform IQIYI.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datin Elvina Mohamad, Redza Rosli, Dato’ Aaron Aziz, Sazzy Falak dan ramai lagi, drama ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa bernama Nilam (lakonan Datin Elvina) yang ingin mengubah nasib hidup seorang B40 dengan menjejak kaki ke dunia atasan T20.


 

Must-Watch Video

Advertisement