Sekilas
- Faiz Soul memohon maaf secara terbuka selepas harga donut RM10 sebiji yang dijualnya mendapat reaksi negatif di media sosial.
- Dia terkejut dengan kecaman yang diterima kerana dua tahun lalu harga sama tidak menimbulkan kontroversi dan masih ramai yang membeli.
- Faiz berharap orang ramai tidak menghina dirinya atau makanan jualannya walaupun menerima kritikan, dan memohon maaf jika ada kata-kata yang terlanjur.
Pempengaruh, Faiz Soul tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan tular satu perkongsian mengenai harga donut yang dijualnya pada harga RM10 sebiji.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Faiz mengakui terkejut dengan reaksi negatif yang diterima berhubung harga jualan makanan berkenaan.
“Faiz minta maaf kalau bagi awak semua donut ni overpriced, Faiz sendiri terkejut.
“Dua tahun lepas jual harga yang sama tak ada pula kecaman, sebaliknya orang beratur beli ada. Apa pun, Faiz minta maaf sangat. Faiz fcuma teruskan tanpa ubah apa-apa,” jelasnya.
Dalam pada itu, Faiz berkata dia menerima segala kritikan yang diberikan, namun berharap orang ramai tidak menghina atau melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya serta makanan jualannya.
“Faiz terima sahaja segala kecaman, tapi jangan lah hina saya, jangan hina makanan saya jual tu sampah.
“Jangan hina ‘rasa donut macam babi’ padahal awak tak pernah beli pun. Jangan maki dan fitnah saya jual sebab nak kaya.
“Hakikatnya saya teruskan perniagaan tolong orang saja. Tak apa saya sedia dikritik, tapi jangan sampai menghina seolah kita manusia tak berdosa.
“Dibulan mulia ni, Faiz minta maaf sangat andai terlanjur kata,” mohonnya.
Berikut merupakan permohonan maaf Faiz:

Sumber: Threads @faizsoul_