Skip to main content

Selebriti

Isu Disiplin Pelajar, Shera Aiyob Harap Semua Pihak Dapat Cari Penyelesaian - “Tak Ada Ibu Bapa Yang Nak Besarkan Anak Jadi Seorang Penjenayah”

Isu Disiplin Pelajar, Shera Aiyob Harap Semua Pihak Dapat Cari Penyelesaian

Pelakon, Shera Aiyob berpendapat ibu bapa memainkan peranan utama dalam membentuk keperibadian anak-anak sejak dari awal usia.

Menerusi hantaran di Threads, Shera mengingatkan bahawa pendidikan sebenar bermula dari rumah, dan ibu bapa perlu sedar bahawa mereka adalah pendidik utama kepada anak-anak sejak kecil.

Advertisement

“Rumah adalah madrasah pertama anak-anak. Ibu ialah guru pertama anak-anak. Bapa pula merupakan ketua madrasah tersebut.

“Penting bagi ibu bapa untuk cari dan tambah ilmu serta perbaiki diri dalam usaha mendidik anak-anak yang baik dari segi akhlak dan juga pelajaran.

“Yang terbaik, belajar dan ikut cara Rasulullah SAW. Zaman sekarang sgt mencabar. Terlalu banyak benda yang kita perlu tepis. 

“Sebab itu kita kena kembali semula kepada Al Quran dan Sunnah, bukan mengagungkan cara barat semata,” kongsinya,

Dalam hantaran yang sama, Shera juga berharap agar masyarakat tidak mudah menyalahkan satu pihak sahaja apabila berlaku masalah sosial atau keruntuhan akhlak dalam kalangan generasi muda.

“Tak boleh juga nak tuding jari pada satu pihak kan. Tak ada ibu bapa yang nak besarkan anak jadi seorang penjenayah. Nauzubillah.

“Tapi kadang hidup kita terikat juga dengan sistem zaman kini yang mampu porak perandakan segalanya sehingga manusia hilang akal dan jiwa.

“Semua pihak perlu mencari jalan penyelesaian dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik dalam usaha melahirkan generasi yang tinggi empati dan berakhlak baik. Semoga dipermudah segalanya buat kita semua,” coretnya.

Terdahulu, sering tular di media sosial kebelakangan ini mengenai isu masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah yang kian membimbangkan seperti kes buli, rogol dan terbaharu isu berkaitan pelajar sekolah menengah menikam pelajar lain.

Must-Watch Video

Advertisement