Skip to main content

Hiburan

Ismail Izzani Berjaya Tewaskan Imran Aqil Di Gelanggang Pickleball, ‘The Germans United’ Satukan Artis, Pengurus & Media

Ismail Izzani

Sekilas

  • The Germans United menganjurkan The Power Play Pickleball Tournament buat julung kalinya untuk mengukuhkan jaringan dan perpaduan dalam industri kreatif Malaysia.
  • Acara ini melibatkan 14 pasangan artis dan pengurus serta wakil media, bertujuan merapatkan hubungan antara selebriti, pengurus, dan media.
  • Juara kejohanan ialah Ismail Izzani dan pengurusnya, dengan hadiah tiket penerbangan ke Perth, Australia, disokong oleh penaja seperti AirAsia dan Tomaz Pickleball Club.

Buat julung kalinya The Germans United selaku penganjur yang terdiri daripada empat pengurus artis berpengalaman menganjurkan satu kejohanan sukan berkonsepkan perpaduan industri kreatif menerusi The Power Play Pickleball Tournament.

 

Penganjuran kejohanan pickleball yang berlangsung pada Isnin di 1Tomaz Pickleball Club itu merupakan salah satu inisiatif TGU untuk mengukuhkan jaringan industri, menggalakkan kerjasama dan membina hubungan profesional yang melangkaui pentas hiburan.

 

Seiring dengan semangat tersebut, kejohanan ini turut menjemput pengurus artis lain untuk bersama-sama menyertai acara ini demi memperkukuhkan kesatuan dalam industri hiburan tanah air.

 

Menurut wakil penganjur, Nik Yasmin, acara yang dianjurkan bukan saja dapat mengeratkan silaturahim bersama pekerja industri seni (selebriti, pengurus dan media), tetapi juga membina komuniti sihat.

 

"Idea untuk menganjurkan kejohanan julungkali ini adalah daripada angan-angan dan menjadi kenyataan apabila mendapat sambutan yg positif dari selebriti dan pihak media.

 

"Apa yang menguatkan lagi semangat kami apabila acara ini turut mendapat sokongan dari jenama-jenama besar yang memberi sokongan dengan pelbagai tajaan.

 

"Misi kami selain mengeratkan hubungan selebriti dan pengurus artis dengan pihak media adalah untuk menyatukan semua lapisan warga  industri seni," kata Nik Yasmin.

 

Dalam pada itu, melihat sambutan yang diterima penganjur merancang untuk menjadikan acara seperti ini sebagai program tahunan.

 

"Ini adalah acara pertama dan bukan yang terakhir. Berdasarkan sambutan yang menggalakkan, acara seperti ini akan diteruskan mungkin dengan sukan atau program yang berbeza," tutur Nik Yasmin.

 

Dalam The Power Play Pickleball Tournament sebanyak 14 pasangan artis dan pengurus akan mengambil bahagian, mewakili kepelbagaian bakat dalam industri hiburan tempatan.

 

Antara selebriti terlibat iaitu  Shahz Jaszle, Zahiril Adzim, Trisha Ooi, Hariz Hamdan, Dahlia Rizal, Fitri Farok, Zarif Ghaz, Maxximus Towle, Ezaidi Aziz, Syafiq Farhain, Nas-T, Ismail Izzani, Imran Aqil dan Ikmal Amry.

 

Selain itu, 14 pasangan lain terdiri daripada wakil organisasi media termasuk wartawan, penyiar dan pencipta kandungan. Penglibatan  golongan media ini menambah dimensi menarik kepada kejohanan, sekali gus merapatkan jurang antara sukan, hiburan dan komunikasi.

 

Penyanyi Ismail Izzani dan pengurusnya berjaya menewaskan semua lawan mereka dan dinobatkan sebagai juara dengan menerima hadiah tiket penerbangan ke Perth, Australia. 

 

Manakala Imran Aqil bersama pengurusnya pula berjaya mendapat tempat kedua dan menerima hadiah tiket penerbangan ke Labuan Bajo, Indonesia. 

 

Tempat ketiga pula pasangan suami isteri iaitu pelakon Ikmal Amry dan Najla yang membawa pulang tiket penerbangan ke Da Nang, Vietnam. 

 

Semua tiket penerbangan adalah tajaan AirAsia. Selain itu, peserta turut berpeluang memenangi kasut jenama Asics serta pelbagai hadiah menarik lain.

 

The Power Play Pickleball tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan daripada rakan penaja seperti Tomaz Pickleball Club, Air Asia, Asics, Brik, Glad2Glow, Yeo's, Zus Coffee,

Hala Labo Malaysia, Pop Meals, DietYourWay, Rafflesia, Plain Label Studio, Next Beverage, Prima Multiworks, Star Power House Entertainment, Nik Yasmin, Aiman Munier & Faes Zack.

Must-Watch Video

Advertisement