Skip to main content

Indonesia

Irwansyah Syukur Isteri Selamat Bersalin, Pilih Nama Anak Urwah Muhammad Syahki - “Terima Kasih Sayang Atas Perngorbanan…”

AstroGempak irwansyah isteri bersalin

Sekilas

  • Penyanyi Indonesia, Irwasyah, mengumumkan kelahiran anak ketiga mereka yang diberi nama Urwah Muhammad Syahki.
  • Irwasyah berkongsi rasa syukur dan ucapan terima kasih kepada isteri, Zaskia Sungkar, atas pengorbanan melahirkan anak mereka.

Penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah menzahirkan rasa syukur selepas isterinya, Zaskia Sungkar selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Irwan menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya pada Sabtu.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto dirinya sedang tersenyum sambil menatap wajah anaknya dipangku dengan penuh kasih sayang.

Malah Irwan juga turut memaklumkan mereka memilih nama Urwah Muhammad Syahki untuk anak ketiganya.

“Alhamdulillahilladzi bini' matihi tatimmush sholihaat. MasyaAllah tabarakallah. Terima kasih Ya Rabb, sudah kirim dia untuk kami.

"Urwah Muhammad Syahki, semoga menjadi anak yang soleh dan boleh membawa kita ke syurganya Allah,” coretnya.


Dalam hantaran yang sama juga, Irwan turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

“Teruntuk istriku yang solehah, terima kasih ya sayang, atas pengorbananya, sakitnya, penatnya.

“Semoga semua ini menjadi penghapus dosa buat kamu. Aku, Ukkasya, Ummaira dan Urwah sayang mami,” tulisnya.

Terdahulu, selain Ukkasya, pasangan selebriti tersebut juga memiliki seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Ummaira.

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement